Hadiah Ustazah KAFA

2/08/2024 06:39:00 PTG

 Berakhir Sesi Persekolahan 2023/2024

Hadiah Ustazah KAFA
Hadiah untuk ustazah kakak Raisha

Hari terakhir dah sesi persekolahan KAFA dan juga sekolah kebangsaan. Esok 9 Februari 2024 dah mula cuti sekolah bagi sesi 2023/2024 sebelum bermula sesi persekolahan yang baru. 


Kakak Raisha dah tak pergi KAFA hari ni. So semalam la hari terakhir kakak belajar kat sekolah KAFA. Sempat la bagi hadiah kat Ustazah KAFA yang mengajar kakak masa UPKK hari tu. Ada 2 orang ustazah yang mengajar. Ibu bagi tudung behijab. Sebagai tanda penghargaan atas penat lelah ustazah-ustazah mengajar.


Adik Rania pulak ada lagi 2 tahun kat KAFA. Semalam pun dah bagi hadiah kat ustazah KAFA kelas dia. Ibu belikan sejadah. 


Hadiah Ustazah KAFA
Hadiah untuk ustazah adik Rania


Adik Rania je pergi tadi sebab ada sesi ujian jawi dan membaca Al-Quran bersama ibu/bapa sebelum bermula sesi baru nanti. Tadi babah yang pergi. 


Tamat dah persekolahan sesi 2023/2024. Berehat kejap jadi driver bas sekolah. Hihihi. Buka sesi persekolahan baru nanti dah masuk bulan Ramadhan.

13 ulasan:

  1. Selamat bercuti Kakak Raisha dan adik Rania.
    Tentu seronok sangat ustazah dapat hadiah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih aunty 😊
      Alhamdulillah rezeki ustazah.

      Padam
  2. Tamat sudah sesi persekolahan 2023...
    tentu happy ustazah dapat gift, rasa dihargai...

    BalasPadam
  3. Alhamdulilah... moga dimurahkan rezeki sederas sungai yang mengalir laju <3

    BalasPadam
  4. waahhhh mesti ustazah seronok dpt hadiah sejadah gebu!

    BalasPadam
  5. alhamdulillah...rezeki ustazah ustazah...anak linda habis UPKK..terus malas nk p sek...haisyhh, stress betul yibu...hahaha

    BalasPadam
  6. Tamat sudah sesi persekolahan . Selamat beristirehat semua .

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.