Menu Berbuka Puasa 20 Ramadan 1445H - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Ahad, 31 Mac 2024

Menu Berbuka Puasa 20 Ramadan 1445H

 20 RAMADAN 1445H

Hari ni cuti dapat la luangkan masa buat kuih raya 2 jenis yang bergoreng. Siap awal senang. Bila bekerja ni hujung minggu jela ada masa nak buat kuih raya pun. Minggu depan buat 2 jenis lagi. Menu berbuka 20 Ramadan ni Cie masak mee sup je. Lepas tu try buat Crab Rangoon resipi Khairul Aming tu sedap betul nanti nak repeat buat lagi la.

menu berbuka puasa 20 ramadan 1445h

Sup yang simple je takde bawang pun. Rebus je ayam lepas tu letak garam dan bahan perasa, letak fish ball je. Isi ayam tu carikkan je. Cie buat jugak garlic oil makan dengan sup sedap juga. Siew pak choy celur je. Perah limau masam-masam lagi sedap. Tukar style pulak masak mi sup. Selalunya tumis bagai dan letak rempah sup. Yang simple macam ni pun sedap je.

Bawang goreng pun Cie buat sendiri je. Buat stok banyak-banyak senang nak makan.

bawang goreng homemade


Sesambil buat mi sup sempat jugak try crab rangoon resipi Khairul Aming tu. Nanti Cie share resipi tu. Senang je nak buat dan yang pasti sangat sedap. Cicah dengan sos thai. Memang sedap anak-anak memang suka makan.

menu berbuka puasa 20 ramadan 1445h




8 ulasan:

  1. Crab Rangoon tu tak terbuat² lgi ☺️
    Mee sup tu nampak simple, bole PH try berbuka nanti. Pinjam resepi ye Cie :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh PH sila2 memang simple je tu. buat sup je lelain semua simple.

      Padam
  2. bawang goreng buat sendiri tu mmg best..lg aroma mkn dgn sup

    BalasPadam
  3. rajinnye cie.. tapi kalau jenis sup2 mcm ni sedap kan.. dan yg penting mudah...

    BalasPadam