7 Ramadan 1445H

Menu Berbuka Puasa 7 Ramadan 1445H


Hari ke 7 dah kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar je. Nanti tiba-tiba dah raya. Setakat 7 hari puasa ni masih gigih update menu berbuka puasa hari-hari. Hihi. Mana tau boleh bagi idea kepada yang kekeringan idea nak masak kan. 



Semalam husband nak makan ayam golek. Tapi Cie dah plan masak siakap tu yang bawa ke hari ni je. Dah alang-alang suami nak beli ayam golek tu kita jadikan nasi ayam terus senang kerja. 



Balik kerja tadi cuma masak nasi ayam, sup kaki ayam, taugeh goreng sos tiram, timun, tomato. Nak habiskan taugeh beli weekend hari tu. Simpan lama-lama tak elok tu yang masak jela taugeh. Boleh la jadi ala-ala The Chicken Rice Shop punya menu kan.


Sos ayam golek tu cair sangat dah macam sup je. Kami makan dengan sos thai je. Tak sempat dah tadi husband balik lambat. Kalau tak tadi boleh je masak semula atas dapur letak tepung jagung bagi pekat sikit. Ayam tu pun macam keras sikit dan kering. Terlalu lama golek kot. Tapi habis jugak 1 ekor tu. Hahaahh.