8 RAMADAN 1445H
8 Ramadan dah kita berpuasa. Sedar tak sedar masuk minggu kedua dah di bulan Ramadan. Tengok kat screen masjid tadi ada counting days raya 22 hari lagi. Nampak macam lambat lagi tapi nanti sedar tak sedar je dah raya.
Bulan Ramadan kali ni memang mencabar sebab cuaca sangat panas terik. Balik kerja tadi rasa penat sangat-sangat. Padahal tak buat apa pun sangat kerja fizikal. Pagi kerja macam biasa. 1.30pm keluar office ambil anak sekolah memang matahari tengah terik. Tegang kulit muka duduk dalam kereta. 2.30pm hingga 5.00pm mesyuarat kat hospital.
Sampai rumah anak-anak dah on aircond. Masuk bilik lega rasa kena aircond. Baring kejap 5 minit macam tu kena bangun semula nak solat Asar dan macam biasa check in kitchen. Tu yang masak menu terpaling mudah sejenis je masak. hihihi.
Kalau ikutkan menu plan untuk hari ni ayam goreng kicap dan sayur campur. Disebabkan malas nak duduk lama-lama kat dapur Cie tukar menu. Masak ayam goreng kicap je. Timun tu kisahnya dah 2 minggu dalam fridge dah nak lembik tu yang habiskan timun je dan buat sambal tempoyak. Cukup la menu untuk berbuka hari ni.
Ada jugak sambal hitam memang buat stok. Serunding kakak bagi boleh la buat tambah-tambah menu. Husband beli murtabak. Alhamdulillah selesai puasa ke 8 Ramadan.
Setakat 8 hari puasa dah hampir 2kg berat turun. Sebelum puasa hari tu rupanya berat naik. Hahahah. Tu la padahnya suplemen tak konsisten, bersenam tak buat dah, makan pun tak jaga. Maka nya berat pun naik. Adehhh la. Mujur bulan puasa dapat jugak turunkan semula. Kena gigih turunkan semula ni.
Sehari sebelum puasa hari tu ada someone tegur. Tak rapat pun. Jumpa dah la jarang sekali. Boleh pulak dia cakap "nampak berisi, ada isi ke?". Kita ni sengih-sengih jela taktau nak cakap apa. Sebenarnya kita ni ada mulut senyap, ada telinga tutup, ada mata tengok.
Jangan sesekali menegur bentuk badan seseorang atau sebagainya. Yang menegur tu pun bukan persis model. Cie yakin sangat dia tu pun obes. Hihi. Tapi kita ni tak gamak nak tegur-tegur orang gemuk ke kurus ke. Melainkan kita memang kenal rapat orang tu, kita biasa bergurau senda. Mungkin boleh la sambil bergurau. Ni tak kenal sangat pun. Kenal atas orang je. Bukan direct berkawan dengan kita.
Body shaming ni selalunya menjadi normal bagi makcik bawang. Nampak kita kurus tegur, kita berisi tegur. Kalau nak mulakan perbualan cukup la sekadar tanya khabar atau say hi. Itu lebih baik. Tak perlu nak acah-acah peramah tak bertempat. Cie memang jenis introvert. Takkan mulakan perbualan melainkan orang tu mulakan.
Nak cerita menu berbuka je tadi tapi meleret. Hahahah.
Body shaming dah jadi makanan orang- orang zaman sekarang tanpa sedar sendiri menegur tu bukan badan macam model...abaikan aje Cie..tapi sakit gak hati kan...
BalasPadamye kak. duk tegur orang diri sendiri pun takdela helokkk sangat. hahaha
PadamTimun cicah sambal tempoyak tu alahai nikmatnya!
BalasPadamye kombinasi paling perfect. hihihhi
Padamlinda tak kisah sangat bab tu, cuma kena tgok jugak cara org yg cakap tu cmne...hahaha...kdg2 suami sendri yang hari2 dah tegur kita badan naik , ad hari nya sentap jugak...hahaha...tp, jgn lah ikot Linda, kuat melawan..😂😂 bila husband kata badan naik ..ku jawab je "tu haaa, 4 ketul dah keluar, badan macam nie, ada orang lain baru sorang keluar, lagi beso dr kita" hahaha...terbabit sama org lain...kesian betul
BalasPadamhahahah suami tegur takpe linda. kalau orang lain tegur tu yang rasa nak marah. tapi dalam hati jela. lantak kau nak kata apa. anggap jela motivasi diri. padahal takdela gemok teruk pun.
Padamkan kadang tu org ni suka sgt tgk org tp. diri sendiri tak pula prihatin he hee
BalasPadamkena fikirkan jga perasan. bila nk. vakap apa2 kat org
ye kita jenis fikir apa perasaan orang tu kalau kita tegur2. kalau kenal rapat takpe. boleh la diterima.
Padambestnya Cie 8hari dah turun 2kg..saya masih static tak gerak2 macam tak puasa je gayanya ni...
BalasPadamcie tak makan sangat kuih muih masa berbuka tu. nasi pun suku2 je. kalau idok memang payah turun.
PadamWah..besnya dah turun ..Kalau saya 2kg pun happy dah..dah siap berangan pakai kebaya🤣
BalasPadambaju raya kebaya labuh memang kena slim la. ahahha
Padamcuaca memang panas, kalau work from home tu melepet je. nak bukak aircond selalu, risau bil melambung. saya pun suka menu berbuka simple macam ni.
BalasPadammemang melambung la bil musim panas ni. petang dah on aircond.
Padamsedapnye masakan..
BalasPadamsekarang ni memang panas sangat.. ank sulung lady kalau balik sekolah kafa tu selalu minta berbuka.. suruh kakak tidur.. semoga anak2 kite dpt berpuasa dgn baik.. kite yg dewasa ni pun rs dah terllau2 dahaga..
ye kesian anak2. anak2 cie ok je cuma si adik tu baru tahun ni dia belajar puasa penuh. ada la juga mengadu dahaga. suruh je tidur. ok je sebenarnya.
PadamMakcik bawang memang tak pernah letih membawang
BalasPadamsesuai la nama makcik bawang kan. hihhihi. sambil kopek bawang sambil mulut naik sama. hahaha
Padam