7 Ramadan 1445H
Hari ke 7 dah kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar je. Nanti tiba-tiba dah raya. Setakat 7 hari puasa ni masih gigih update menu berbuka puasa hari-hari. Hihi. Mana tau boleh bagi idea kepada yang kekeringan idea nak masak kan.
Semalam husband nak makan ayam golek. Tapi Cie dah plan masak siakap tu yang bawa ke hari ni je. Dah alang-alang suami nak beli ayam golek tu kita jadikan nasi ayam terus senang kerja.
Balik kerja tadi cuma masak nasi ayam, sup kaki ayam, taugeh goreng sos tiram, timun, tomato. Nak habiskan taugeh beli weekend hari tu. Simpan lama-lama tak elok tu yang masak jela taugeh. Boleh la jadi ala-ala The Chicken Rice Shop punya menu kan.
Sos ayam golek tu cair sangat dah macam sup je. Kami makan dengan sos thai je. Tak sempat dah tadi husband balik lambat. Kalau tak tadi boleh je masak semula atas dapur letak tepung jagung bagi pekat sikit. Ayam tu pun macam keras sikit dan kering. Terlalu lama golek kot. Tapi habis jugak 1 ekor tu. Hahaahh.
Pos sini sikit! Hehe
ReplyDeleteKejap kan masa berlalu macam baru je berpuasa. Tau tau dah dekat seminggu.
ReplyDeleteSelamat berbuka puasa
ReplyDeletesedapnya...
ReplyDeleteCantik kejadiannya, match dgn nasi ayam.
ReplyDeleteSenang, match kan je dgn nasi ayam kan 👍
ReplyDeleteCCL suka ayam golek yang garing-garing macam tu
ReplyDeletesedapnye... nasi ayam... hari ni ldy dah malas masak... tp belum beli lauk lagi :D
ReplyDeleteSaya malah suka liat postingan menu seperti ini kak. Krn memang bisa jadi referensi saya nak masak apa . Suka bingung kalo dah mikir buat menu apa seminggu ke depan 😂. Masalahnya Krn tak terlalu pandai masak, jadi menu pun terbatas 🤭
ReplyDeletesedapnya Nasi Ayam...fav arwah Mak Pah ni...
ReplyDeleteDulu dulu sblm ada TCRS tu tak pernah kita terfikir nak gandingkan nasi ayam sama sayur tauge tu kan
ReplyDelete