Menu Makan Hari Ini - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Jumaat, 31 Mei 2024

Menu Makan Hari Ini

Hari ni memang banyak betul makan. Walaupun buat IF sampai lunch time je. Lepas je berbuka IF bedal macam-macam. Hahaha. Tapi takpe berat maintain je kalau buat IF ni. Bukan setiap hari makan banyak pun.

Menu makan hari ini

Menu makan lunch tadi je tak snap. Lunch makan nasi ayam Apollo kegemaran anak-anak. Ayam tu dibakar rasanya bukan goreng macam kebiasaan tu. 

Petang tadi ada jual dessert anda pastries kat hospital. Staf ajak pergi beli Cie pun join la terbeli jugak 3 jenis. Memang rosak habis la diet. Hahaah.

Cie beli korean cream cheese garlic yang dah lama viral tapi tak pernah rasa nak mencuba pun. Kebetulan tadi ada terus beli. Sedap jugak rasa dia. Cie ni sejenis benda viral memang tak kalut nak cuba. Dah lama nanti baru cuba.

Menu makan hari ini

Nampak strudel peach pun nak try jugak. Yang tu pun sedap pastry tu rangup. Ada cream cheese ngam rasa peach tu dengan cream memang perfect combination.

Menu makan hari ini

Lepas tu nampak kek batik indulgence beli jugak. Sedap jugak hat ni. Anak-anak pun suka. Total damage tadi RM13. Entahla berapa 1 tu tak tanya harga pun main beli je. Mujur cukup cash tadi. Sejenis tak suka bawak cash. Tapi boleh je scan QR code. 

Balik kerja tadi balik rumah dulu. Husband dah balik kerja nak terjah pasar malam pulak. Hari Jumaat memang tak masak la ada pasar malam. Plan hari ni nak beli yong tau fu je. Taktau nak makan apa dah.

Menu makan hari ini


Menu makan hari ini

Pusing-pusing pasar beli ice blended latte dan ice blended mango je. Lepas tu masuk kereta. Husband je tunggu  yong tau fu siap. Lama tunggu sebabnya gerai yong tau fu makcik tu memang laku betul. 

Ada 2 gerai yong tau fu tapi yang 1 lagi tu tak sedap memang tak ramai beli situ. Kami pernah beli sekali je tak sedap terus tak beli dah. Selalu beli kat tempat yang sedap ni je tapi kena bersabar la tunggu turn memang terlalu ramai orang. Pilih tu kejap je cuma lama nak tunggu rebus tu je. Kuah dia memang sedap dan banyak.

Sementara menunggu tu husband suruh kami tunggu dalam kereta je dulu. Panas sangat kat pasar tu dan berasap je rasa lemas pulak. Orang pun ramai. Tu yang kami tunggu dalam kereta je.

Menu makan hari ini





Tiada ulasan:

Catat Ulasan