Lempeng Kari Daging - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Saturday, 22 June 2024

Lempeng Kari Daging

Pagi tadi Cie masak lempeng. Sebab semalam staf Cie ada bagi kari daging. Petang semalam Cie tak masak nasi untuk dinner cuma masak mi goreng je. Tu yang Cie simpan kari daging tu nak makan dengan lempeng untuk breakfast pagi tadi.

Pagi tadi panaskan je kari daging lepas tu buat lempeng. Senang kerja ibu tak payah keluar cari breakfast. Babah ada program lagi minggu ni semalam ke Muadzam Shah. Makan 3 beranak jela pagi tadi. 

Lempeng kari daging

Senang je nak buat lempeng tu. Tepung gandum, garam, air. 

Bahan-bahan Lempeng


8 sudu besar tepung gandum

Secubit garam

1 cawan air (boleh agak-agak jangan pekat sangat)


Cara Membuat Lempeng

Masukkan semua bahan ni dalam mangkuk dan kacau dengan whisk supaya tak berketul.
 Nak masak lempeng tu Cie guna marjerin untuk gris pada kuali leper. Nak guna minyak pun boleh je. Lepas tu sendukkan bancuhan tepung dan leperkan. Bila dah masak terbalikkan. Siap.
Boleh makan cicah dengan kuah kari daging.


Anak-anak makan 2 keping sorang lempeng kari daging. Ibu makan sekeping je. Lepas tu beli roti gardenia ada balance sikit lagi kari daging tu makan dengan roti pulak.

5 comments:

  1. Akak pun suka buat lempeng guna 3 bahan ni je. Mak ajar gitu dari kecik. Sekarang akak ada juga guna resepi yang tambah telur dan butter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah sekarang ada letak telur, letak baking soda, santan pun ada.

      Delete
  2. Sedpnyaaaaaaaaaaa, nyumyyyyyy

    ReplyDelete
  3. Sedap tu dapat makan lempeng dengan kari daging, kalau cicah sambal tumis ikan bilis pun kena juga.

    ReplyDelete