2 jam kat Perpustakaan tadi anak-anak ajak beli ramen FamilyMart je. Senang kerja ibu tak payah pening fikir nak makan apa. Memang takde idea juga nak makan apa. Semua kedai pun dah pernah makan. Menu sama je jemu jugak.
Lagipun nak singgah kat TMG nak beli ayam kisar Ramly. Tu yang senang terus sekali arung beli Lunch Menu FamilyMart je. Bukan tu je siap singgah Ninso beli jajan. Hahaha. Padahal tadi anak ajak beli ramen je tapi banyak pulak persinggahan ibu.
Anak-anak pun dah jadi ibu jugak. Hahaha. Cakap nak ramen je sekali onigiri pun nak, aiskrim pun nak. Layankan jela. Semoga murah rezeki ibu sentiasa belanja anak-anak.
Senang kerja ibu tak payah masak lunch dah. Makan je ni terlebih kenyang dah. Siap membeli balik rumah sambung beristirehat menghabiskan sisa-sisa cuti.
Terliur pula tengok ramen dan aiskrim tu 🤤
ReplyDeleteKena pi cari tu 😁
Delete