Cappuccino Aik Cheong ni bukan pertama kali Cie cuba. Dah kali kedua dah. Kali pertama dulu cuba tahun lepas. Masa ada promo buy 1 free 1 baru ni Cie beli la di 7E Cafe.
Cara nak buat juga ada disediakan dan memang senang sangat.
Cie bancuh bawak pergi office. Brown sugar tu guna 1 sachet saja.
Cuma pelik taktau kenapa dapat badam tu. Masa beli tahun lepas takde. Cie baca threads baru ni ada yang kata dia dapat kacang gajus. Entahla apa fungsinya.
Bancuh dalam tumbler, letak ais dan minum kat office. Lama dah ni rasanya awal bulan hari tu, ke tengah bulan gitu la. Parking gambar je dalam draft. Lepas tu baru la tulis blog.
Cappucino Aik Cheong ni sedap je. Senang la bahan dah disediakan tinggal campur air je nak bancuh tu.






9 Ulasan
oo dalam dia sachet camtu.. tertanya-tanya juga.
BalasPadamKekacang tu comlimentary kot, sementara tunggu kopi sejuk sket, boleh makan.
Comel je kartun kat cup tu. Bagus juga bancuh sendiri, boleh kurangkan level manis tu letak 1 sachet gula je. A'ah kan, apa function kacang badam tu. Kena kisar dan taburkan kot kan.
BalasPadamtak pernah beli yang ni. menarik pula nampak. alhamdulillah blog cie dah okey. boleh tidur lena kita malam ni
BalasPadamAlhamdulillah blog Cie dah kembali 🤲🏻
BalasPadamTak pernah try AC ni. Untuk tambah² rasa kot badam tu. Blend & tabur atas kopi ke
senang nak bancuh bila dh ada complete set bahan2nya tu...badam tu utk hiasan kot eh
BalasPadamSeriouslah ada kacang dalam dia.. Tiba-tiba rasa macam nak pergi beli juga.. kikikiki..
BalasPadamUtk teman snacking kak 😄. Minum kopi sambil kunyah almond. Atau kalau rajin sikit, digiling kacangnya. Tabur atas kopi
BalasPadamKita slalu minum teh tarik aik cheong 3 in 1 je heheh
BalasPadamkacang buat kudap2.. kalau rajin blender, tabur.. ehhh.. hahaha
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.