Cie takdela pandai pun masak. Masak yang mudah-mudah je ikut bahan apa yang ada kat rumah je. Kekadang takde idea juga nak masak apa, belek la menu lama-lama tercetus la idea nak masak apa.
26 Julai 2026
Menu untuk minggu ni Cie mulakan dengan menu ayam goreng bawang putih, telur mata kicap, bendi celur chilli garlic oil, timun, jambu batu dan epal asam boi.
Ayam tu Cie perap dengan bawang besar, bawang putih, halia, jintan manis, jintan putih, ketumbar. Lepas tu bawang putih 2-3 biji Cie potong kasar. Gaul semua sekali dengan telur, tepung jagung, tepung beras, sos plum, sos tiram. Semua Cie campur je. Perap sekejap lepas tu goreng je.
27 Julai 2026
Salted egg powder ada lagi sikit tu yang buat la udang dan sotong salted egg, telur rebus goreng sos, ikan rebus goreng, ulam timun dan tomato ceri. Resipi salted egg dah pernah share.
28 Julai 2026
Sup ayam dengan kentang, telur dadar, ikan bilis goreng kicap tempoyak petai, bendi goreng, timun dan tomato.
29 Julai 2026
Nyaris malas masak dah tapi masak la jugak. Masa lawatan ke Kak Zaidah Food tu Cie ada beli pes masak lemak. Cie pun try la masak. Masuk santan je so mudah kerja.
Cie goreng juga buncis sos tiram dan ikan masin. Kuah masak lemak tu ada lebih Cie simpan dalam freezer.
30 Julai 2026
Kering idea bila dah hujung minggu. Nak habiskan stok lauk pauk, masak jela apa-apa yang terlintas kat fikiran. Ikan selar goreng, ayam goreng perap, left over kuah masak lemak panaskan je, timun dan tomato.
Ikan selar tu cicah dengan kicap Cie campur dengan bawang besar, tomato ceri dan cili padi. Ayam tu Cie perap dengan bawang besar, bawang putih blend, tepung bestari lepas tu goreng.
Selesai menu untuk minggu lepas. Berperang pulak untuk fikir menu minggu ni pulak. Begitulah rutin harian Cie masak memasak.







6 Ulasan
Alhamdulillah Cie blog dah boleh buka.
BalasPadamMacam mana pes masak lemak Zaidah? Ok ke, pedas ke?
Terima kasih Cie dah share menu² best
BalasPadamAlhamdulillah blog Cie dah dapat buka dah. Beberapa blog lain pun dah boleh. Alhamdulillah..syukur. Tahu dari blogger lain blog Cie juga terkena.
BalasPadamSedap-sedap menu Cie masak. Yang penting ada lauk utama dan kena ada sayur. Tak ulam, sayur tumis.
Alhamdulillah dah dapat masuk balik blog Cie. Bila tengok gambar2 masakan Cie ni dapat rasa yg Cie masak dgn penuh kasih sayang utk family Cie. Kipidap! 👏🏻
BalasPadamMasuk sini tengok blog Cie dah boleh buka. Ya Allah....murung semalam ya.
BalasPadamwahh sedapnye menu dinner., nyum2
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.