Kelebihan Zus Elite ni Cie suka waktu bulan birthday je. Akan dapat:
2x Birthday vouchers for your big day!
Ada je orang tak kesah rank tu. Ada juga yang taktau pun pasal rank. Cie ni jenis menggunakan sebaiknya kelebihan yang ada. Bukan la Zus tegar sangat tapi sebab dah alang-alang dapat kelebihan tu kita manfaatkan.
Jumaat minggu lepas Cie complete cup counts untuk naik Zus Elite. Masa tu Cie nak beli pistachio frappe, lepas tu Faiz pun nak menyelit jugak, anak-anak pun join beli juga.
Cie buat 2 order. Untuk 3 cups yang Cie nak complete cup count tu Cie tak guna apa-apa voucher. Cie order:
- lced White Peach Oolong Milk untuk adik Rania
- Iced Finally Pistachio Chocolate untuk kakak Raisha
- Pistachio Chip Frappé untuk Cie
Dapat ZUS Tea Fresh Brew Giveaway Scratch Card untuk hari terakhir boleh gores 31 Julai tu. Dapat juga ZUS Tea Pocket Mirror. Scratch card tu dapat voucher discount je. Takde luck nak dapat tumbler. Ada yang share kat threads mereka dapat tumbler.
Yang nak guna 10% voucher tu Cie order Iced Spanish Latte untuk Faiz. Cie guna tumbler so dapat la another 10% discount.
Antara kelebihan Zus Elite:
Birtday Cie bulan 11. So kena la cukupkan 8 cup counts tu hingga 31 Disember. So sempat la nanti sampai November Cie masih Zus Elite.
Lepas je dah naik Zus Elite, terus banyak voucher masuk dalam My Reward. Memang memanggil-manggil tau. Nampaknya setiap minggu la kena gunakan voucher ni baru berbaloi.
Begitulah sesaja je mengumpul. Boleh la enjoy benefits yang Zus offer. Tak guna rugi kan.




















10 Ulasan
Tahniah berjaya capai taraf Zus Elite Member! Memang berbaloi kumpul loyalty rewards kopi Zus Coffee ni.
BalasPadamGood job..=D
BalasPadamWowww... elite dah.. tu ranking tertinggi lah kan, akak baru check je ni 😅
BalasPadamAkaknya Easy Goer hehe
Oh boleh turun rank pulak ye. Ingatkan maintain je. Tapi berbaloilah kan dapat macam-macam tu.
BalasPadamMZ tak tau pun psl rank ni haha lgpun jrg2 jer order zuss
BalasPadamwah ada rank ke ? baru tau pasal ni
BalasPadamSha selalunya beli bila ada promotion best atau air best yang nak dicuba.. jadinya rank tu memang tak pernah tinggi.. kikiki..
BalasPadamSalut lah kakak benar2 memanfaatkan benefitnya. Saya memang jarang sangat memperhatikan benefit begini. Kalau beli, ya beli saja 😄. Makanya banyaaak voucher atau poin yg terlepas dan expired.
BalasPadam1-1 nya aplikasi yg saya memang guna sangat dan perhatikan benefit, itu apk Shopback. Sebab cashback utk hotel dan maskapai lumayan besar. Sementara saya memang rutin traveling. Jadi membantu lah.
Tahniah, Cie! Nanti boleh order dari rumah je, sebab ada free delivery. Yay!
BalasPadamtahniah.. rajin cie kumpul cup naikkan rank.. linda gitu je lah.. hihihi.. dah lama juga tak membeli zus ni
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.