Perpustakaan Awam Kuala Lipis
Bila husband bagitau minggu ni dia kena kerja sebab ada program, maka ibu dan anak-anak plan nak ke Perpustakaan Awam Kuala Lipis je nak isi masa terluang hari cuti.
Lepas sarapan lempeng sambal hitam tadi kami bersiap terus nak ke Perpustakaan Awam Kuala Lipis. Sampai je tadi takde orang pun. Kami la pengunjung pertama hari ni. Macam biasa la kita ambil port tepi ada plug senang nak charge bateri laptop.
Cie kemaskini page Facebook melalui facebook web. Nak tukar nama page. Cie ada 2 page. 1 lagi macam nak buat page untuk jual tudung. 1 lagi page untuk Personal Collection. Nak bertukar bisnes pulak untuk isi masa lapang. Cie memang minat berniaga.
Jemput like ye support Cie |
Kat Perpustakaan tu ada wifi so boleh la guna laptop sendiri. Kat rumah takde wifi. Settle urusan update page, sempat la update 2 entry blog. Guna laptop best senang nak laju-laju berbanding guna handphone tapi tu la takde wifi susah la nak guna laptop.
Tak sempat nak baca buku kali ni pergi sini. Nanti la ada masa kita datang lagi. Best pulak datang Perpustakaan ni. Anak-anak pulak aktiviti mereka sendiri. Kakak Raisha buat homework, adik Rania baca buku boleh la letak dalam buku Nilam dia. Daripada asyik main handphone je biar la ada aktiviti bermanfaat sikit.
Kakak busy buat homework, adik baca buku |
Sebelum balik wefie dulu |
Best kat Perpustakaan ni sebab selesa sangat-sangat. Ada aircond, kerusi, meja, wifi dan macam-macam kemudahan yang kita boleh guna percuma je. Kemudahan ada elok la kita manfaatkan. Boleh juga galakkan anak-anak suka membaca. Anak-anak pun suka ke sini.
Kalau ada pelajar yang nak buat study group pun boleh kat sini. Semua kelengkapan ada.
Bestnya masuk library.. rasa lama tak masuk dah. Last rasanya masa anak² kat primary school bawa diorang ke Perpustakaan Awam Tun Raja Uda.
ReplyDeleteYe best Cie pun dah tua2 ni la baru masuk Perpustakaan Awam ni padahal lama dah wujud.
Delete