Menu Dinner 6 September - 11 September 2026

Minggu 6 September ni cemerlang dari Ahad sampai Jumaat 11 September Cie masak. Bila rajin masak ni memang setiap hari akan masak. 

Jemu jugak nak makan menu kedai je. Dah tak tau nak makan menu kedai mana dah. Asyik kedai sama je. Baik kita masak jela menu apa yang kita rasa nak masak. 


6 September 2026

Menu 6 September Cie masak tomyam ayam jela paling senang masukkan je semua bahan yang ada dalam periuk Masaki, sekali periuk terus hidang.


Kalau ada menu tomyam mesti la kena ada telur dadar baru la lengkap hidangan tomyam. Cie potong baby timun je buat ulam cicah sambal belacan. 


7 September 2026 

Ikan siakap tu Faiz beli minggu sebelum tu tapi tak sempat nak masak. Cie tumis je bawang putih, halia, serai, bawang besar. Masukkan air, asam gelugur, serbuk perasa dan ikan. Ada masa malas nak kukus tu rebuskan je. 


Sejenis suka masak 2 protein, so masak jela telur dadar juga. Pucuk paku beli kat Pasar Benta Ahad tu Cie masak pucuk paku goreng taucu. Cukup 3 jenis menu. 


8 September 2026

Semalamnya dah masak ikan, kembali ke menu ayam. Jenuh la fikir taktau nak masak apa dah. Muncul la idea nak masak ayam goreng berlado petai. 


Nanti kalau rajin Cie share resipi ayam tu senang je nak buat. Memang sedap sangat. Sebagai tambahan Cie rebus telur masin, Cie goreng cendawan enoki celup tepung. Ulaman timun dan pegaga. Malas nak tumbuk cili, makan tempoyak kosong jela. 


9 September 2026

Untuk menu 9 September ni pun dah taktau nak masak apa. Cie masak jela ayam goreng sos. Pelbagai sos Cie letak sos tiram, sos cili, sos plum. 


Telur dadar tak tinggal buat penambah menu protein. Rebung beli weekend tu Cie buat goreng je. Buat pedas-pedas memang sedap Cie ratah je. Sayur buat ulam timun dan pegaga je. 


10 September 2026

Hari Khamis tu adik Rania camping dan tidur di sekolah so masak menu untuk makan 3 beranak je. 


Balik kerja cakap kat kakak masak nasi sikit la ibu nak buat nasi goreng je. Sempat la Cie bersantai dulu sebelum masuk dapur. Buat nasi goreng telur yang simple je. 

Tambahan protein Cie buat ayam goreng yang Cie gaul dengan serbuk kunyit, serbuk cili, tepung jagung dan garam. Goreng sampai garing dan masukkan hirisan bawang besar dan cili padi potong. 

Dalam nasi goreng takde sayur, Cie potong timun dan salad, sambal belacan pun ada. Keropok pun ada yang Cie beli kat Shopee tu. 


11 September 2026

Dah kekeringan idea taktau dah nak masak apa. Masuk dapur tengok bahan-bahan apa yang ada terus terdetik masak gulai ayam jela. Rempah rose yang Cie dapat hari tu masih ada. 


Tumis je macam biasa Cie campur rempah rose dengan serbuk cili. Buat gulai ayam letak santan kali ni. Tambah cili merah hiris dan tomato ceri. Tambahan menu protein telur dadar. 

Cie buat acar timun. Dah macam makan nasi dagang dah padahal nasi putih je. Adik Rania siap bertambah 3 kali ye punya la sedap dia kata. 

Selesai dah Cie share menu dinner untuk 6 September hingga 11 September. Nanti Cie share lagi ye menu akan datang. 


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. meriah mcm2 menu...tomyam kelmarin MIL masak..stock telur masin lama tkde kt umah

    BalasPadam
  2. Tu diaaaa.. mambang mana rasuk Cie tu, kalau dikumpul penuh mejaaaa. Nampak semua sedap², lengkap protein dan sayur, sambal belacan pun wajib nampaknya tu.

    BalasPadam
  3. Cantik telur dadar tu.. level kedai tomyam!

    BalasPadam
  4. Sedap semua lauk-pauk Cie masak utk family 😄

    BalasPadam
  5. Tak reti nak makan rebung. Tak pernah masak pulak tu.

    BalasPadam
  6. Telur dadar mudah bak sediakan, memang menu protein yang jarang nak tolak kalau dah ada depan mata.

    BalasPadam
  7. Suka tengok menu Cie, semua sedap dan lengkap nutrisinya.

    #Semalam tak boleh komen dekat blog Cie ni :(

    BalasPadam
  8. Betul, setuju! Ada tomyam mesti ada telur dadar. Sedapnya pucuk paku tumis. Wahh menu rare tu ayam goreng berlado petai.

    BalasPadam
  9. Sedapnya la menu2 ni semua.
    Tak sah tomyam tanpa telur dadar

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.