Durian Kampung - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Wednesday 14 August 2024

Durian Kampung

Petang tadi dalam group whatsapp sekolah rendah sepupu Cie ada update jual durian kampung. Dia kata sekilo RM10. Cie pun macam nak suruh husband belikan. Kebetulan sepupu jual kat Kampung Relong lebih kurang 20 minit dari rumah Cie.

Masa Cie tengah masak tadi husband cakap nak ke Bapong kejap. Bapong tu rumah mak mertua Cie dan kebun husband pun kat situ. Alang-alang dia kebun memang akan singgah rumah mertua. Dari rumah mertua ke Kampung Relong tu 5 minit je.

Sepupu whatsapp dalam group dia kata nak lelong je dah tu nak habiskan cepat. Dia nak jual RM5 je sekilo. Cie pun call la husband kata dia kat kebun. Mintak sepupu simpankan. Dah last tadi sepupu cakap dia jual longgok je dah RM30 selonggok durian kampung dari perkampungan orang asli Senderut.

Durian Kampung

Husband beli la selonggok ada 4 biji. Sebiji bagi mertua. Husband bawak la balik 3 biji. Masuk je pintu rumah bau durian kampung menusuk kalbu betul. Lepas je dinner husband terus kopek durian kampung tu.

Durian Kampung

Nikmat tak terkata ye dapat makan durian kampung. Rezeki tadi ada sebiji yang pahit lemak-lemak. Kegemaran Cie la kalau yang jenis pahit tu. Walaupun dah kenyang dinner tetap pulun makan durian banyak ulas jugak. Hahaha. Sudahnya rasa lain macam pulak perut ni bukan boleh terlampau kenyang. Ikut nafsu sangat.

Durian Kampung



6 comments:

  1. Fuhh.. Berbaloi harga penghabisan tu... Sama ngan linda.. Nikmat makan yang lemak2 pahit tu...

    ReplyDelete
  2. PH pun kalau ada durian, that time juga nak makan, x bole sabar² dah hehe...

    ReplyDelete
  3. Samaaaa kita kak. Saya pun sukaaa durian yg ada pahit2 nya dikiiit. Memang sedaaap 🤤🤤.

    ReplyDelete
  4. Kalau dah rezeki tu mesti dapat punya 😎👍🏻

    ReplyDelete
  5. my hubby hantu durian heheheh MZ plak memilih..if mkn durian, nak yg musang king ajer dan yg fresh/baru gugur dari pokok hahahah

    ReplyDelete