31 Ogos 2024 Sambutan Kemerdekaan Ke 67. 67 tahun dah Malaysia capai kemerdekaan. Tahun ni Sambutan Kemerdekaan Ke 67 dengan tema Malaysia Madani : Jiwa Merdeka.
Setiap tahun Cie akan cuba bawak anak-anak tengok Sambutan Kemerdekaan Peringkat Daerah Lipis di Dataran Orang Kaya Haji. Tahun ni Cie yang bawak sebab husband Cie ada program di luar daerah.
Kalau ikutkan malas juga nak keluar rumah pagi-pagi. Tapi dah anak-anak beria request nak jugak tengok Sambutan Kemerdekaan Ke 67 terpaksa la ibu turutkan.
Dalam pukul 7 lebih Cie keluar rumah dengan anak-anak. Singgah beli sarapan dulu tepi jalan nak isi perut anak-anak. Kalau tengok perbarisan tu nanti mesti lama. Anak-anak tak boleh kelaparan nanti mula la bad mood. Padahal anak-anak yang request nak pergi kita pulak kena jaga mood mereka.
Sarapan kuih muih dalam kereta je sebelum turun ke Dataran Orang Kaya Haji. Cie parking tepi office Cie je. Office Cie sebelah dataran tu je. Bila dah dengar perbarisan nak mula dah baru la kami keluar dari kereta.
Tengok perbarisan dari kontijen dan perarakan kenderaan berhias. Cie snap gambar perbarisan dari tepi jabatan Cie je sebelum turun ke dataran untuk tengok dengan lebih dekat. Cie share kat facebook je gambar Sambutan Kemerdekaan Ke 67. Reels pun Cie share juga Reels Sambutan Kemerdekaan Ke 67.
Banyak juga aturcara yang mereka sediakan untuk Sambutan Kemerdekaan Ke 67 kali ini. Syok juga tengok persembahan ATM dan juga persembahan lain walaupun dari jauh je. Ramai juga orang yang hadir bersama keluarga untuk menyaksikan sendiri Sambutan Kemerdekaan Ke 67.
Selepas Sambutan Kemerdekaan Ke 67 selesai lebih kurang jam 11 pagi kami pun bergerak balik. Si adik Rania request nak Tea Live pulak. Ibu pun klik online guna apps. Sampai situ penuh orang baru balik dari dataran semua pakat membeli air Tea Live.
Dari rumah Cie ke kampung 30 minit je so balik hari jela. 6 lebih macam tu baru gerak balik rumah.
Teh kakak kedua Cie ni memang terpaling sedap. Kalau pergi rumah dia semua request teh |
Seharian kat luar memang penat betul. Sampai rumah dah nak Maghrib. Malam pulak keluar anak-anak request nak ke Pasar Setesen pulak. Sebelum ke Pasar Setesen sempat la singgah rumah new member join Personal Collection hantar pakej membership.
Balik rumah kepenatan dah masing-masing. Tamat cerita seharian 31 Ogos. Sedar tak sedar dah masuk bulan September. Pantas betul masa berlalu.
Selamat Menyambut Hari Merdeka ke 67.
Dah besar2 rupa2nya anak2 Cie.
ReplyDeleteBest tu dpt membina nostalgia merdeka pd anak2. Moga besar nt jd kenangan manis dan berjiwa patriotik.
Wahhh..Bestnya..Kami dekat rumah & beli grocery je =D
ReplyDeletesalam kemerdekaan!!!
ReplyDeleteSelamat menyambut kemerdekaan
ReplyDeleteSeronoknya anak beranak ni...ka SA lepak aje kat rumah...petang baru keluar...
ReplyDelete