Hari ni Cie agak busy. Busy buat spring cleaning dalam rumah. Mengemas rumah nak menyambut kedatangan keluarga Cie semua balik kampung minggu ni sebab anak buah Cie menikah Sabtu ni. So malam esok semua akan berkumpul kat rumah Cie.
Mengemas dari pagi sampai la tengahari. Tu yang lunch tak masak dah. Ajak suami dan anak-anak lunch di Mikha Sup Station. Selepas solat Zohor kami keluar makan sambil ada beberapa urusan nak hantar gam kasut, nak beli barang kat Mr.Diy.
Teringin nak makan sup campur tu yang lunch di Mikha Sup Station je. Kat sini ada pelbagai jenis sup. Nasi ayam, nasi air dan makanan lain pun ada.
Teringat dulu masa belajar kat Johor selalu la pergi makan kat terminal Pasir Gudang ada kedai jual sup yang sangat sedap. Taktau la sekarang masih ada ke tak. Sanggup tu naik prebet sapu pergi makan sup. Masa tu takde lagi grab car. Panggil prebet sapu je.
Kakak Raisha nak makan sup special yang ada nasi putih, timun, sambal, telur dadar. Sup tu campuran daging, ayam, tulang, keting, perut. Semangkuk sup tu banyak so Cie tambah nasi putih dan telur dadar. Share je sup dengan kakak. Kakak tak makan keting, perut, ayam tu. Dia makan daging je.
Telur dadar |
Nasi putih, timun dan sambal |
Sup campur |
Adik Rania makan mi sup ayam. Mi sup pun boleh pilih nak sup apa. Babah pulak makan nasi jugak dengan sup daging dan telur dadar. Kami order jugak keropok lekor goreng.
Mi sup ayam |
Sup daging |
Ada extra sambal dan cili jeruk ni paling love |
Keropok lekor goreng |
Minuman pulak order 2 jenis je ais batu jagung dan air sarsi botol legend masa kecik dulu. Sampai sekarang ada. Kat kedai tu disediakan juga air kosong percuma.
Lepas siap makan baru la ke destinasi seterusnya kedai tukang kasut dan Mr.Diy.
Nampak sedap la sup tu semua..akak suka makan macam ni...best
ReplyDeleteNampak menarik dan sedap. Selamat menjamu selera..
ReplyDeleteEs jagung tuh tempting sangat 😍😍. Cocok dimakan dengan sup . Sukaaa sangat menu seperti ini kak. Apalagi setelah dicampur sambal, mantap pedasnya 😍👍
ReplyDeleteLZ pun suka makan nasi putih dengan sup dan sambal.. Keropok lekor juga my favourite tapi mesti rasa isi ikan, kalau rasa tepung semata memang potong selera..
ReplyDeletesedapnya tgk ais batu jagung tu
ReplyDelete