Booth Kenduri Kahwin - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Khamis, 14 November 2024

Booth Kenduri Kahwin

2 November 2024 yang lepas telah berlangsung majlis kenduri kahwin anak buah Cie di Laman Qaseh, Lipis. Cie bertanggungjawab menyediakan Booth Kenduri Kahwin anak buah Cie. Plan secara tiba-tiba je nak buat.

Asalnya Cie nak order aiskrim je. Tu plan mula-mula sekali. Lepas tu macam nak tambah lagi la tu yang plan buat dessert table. Tanya anak buah dia ada bagi jajan ke kat budak-budak katanya takde. Terus plan dengan kakak Cie yang no 7 nak buat jajan table.

Booth Kenduri Kahwin

Kakak no 7 tu pulak plan nak buat rojak buah. Semakin bertambah dah. Kakak sulung pulak mulanya nak sponsor apam balik tapi tak jadi Cie suruh sponsor air balang je. Cie order Teh Pyorr dan Kopi Ais. Lepas tu anak kakak sulung pun nak join dia sponsor apam balik yang tak jadi tu. Maka jadi la juga apam balik tu. 

Mak pengantin pulak order makanan tambahan laksa dan mi sup serta kuih muih. Memang meriah betul Booth Kenduri Kahwin anak buah Cie. Memang seronok tengok meriah betul. Tercapai dah hajat Cie nak buat Booth Kenduri Kahwin.

Dessert table tu Cie hidang kuih muih mak pengantin order. Lepas tu Cie order kek marble klasik dan cream puff. Mak pengantin buat tapai. Semua ni susun atas dessert table.

Cie deco dessert table. Siap beli macam-macam nak buat deco. Mak pengantin pun beli jugak untuk Cie deco dessert table. Cuma sayangnya Cie tak ambil gambar full. Tak sempat. Letak je makanan dah kena serbu. Gambar booth mi sup dan laksa pun takde. 

Mana yang sempat je kalut busy dengan tugasan melayan tetamu, kejap-kejap ke sana ke sini. Tugaskan anak dara 2 beradik tu jaga booth dessert table. Tolong refill makanan kalau dah habis.

Dessert Table

Banyak gambar ni kakak ipar Cie yang jadi mamarazi snap gambar Cie menyusun dessert table dengan anak 2 orang dan kawan pengantin tolong jugak. Cuma sayang la takde gambar full dessert table Cie tu. Tak nampak la susun atur.

Booth Kenduri Kahwin

Booth Kenduri Kahwin

Booth Kenduri Kahwin

Booth Kenduri Kahwin
Sebelah kanan tepi sekali tu kawan pengantin

Booth Kenduri Kahwin

Booth Kenduri Kahwin
2 beradik perform jaga dessert table

Booth Kenduri Kahwin
Masa ni duk gelakkan apa entah

Booth Kenduri Kahwin

Jajan Station

Jajan beli kat kedai borong je. Kerepek pisang mak pengantin buat. Jajan paling laku keras dan paling cepat habis. Sekejap je licin. 





Rojak Buah Station

Ni bahagian kakak no 7. Dia bawak kuah rojak order dari kawan dia kat Perak. Buah-buah Cie beli dan kami gotong royong potong ramai-ramai. Ada cili asam juga. Ada mangga, jambu batu, timun, nenas, sengkuang.

Booth Kenduri Kahwin

Air Balang Station

Ni pun paling laku keras. Baru je adik air tu tuang dah ada yang tak sabar nak minum. Teh Pyorr dan kopi pun paling cepat habis. Ramai betul peminat air ni.


Apam Balik Station

Anak buah (anak kakak sulung) yang sponsor apam balik untuk majlis sepupu dia. Cie busy sangat tak sempat pun makan apam balik ni.

Booth Kenduri Kahwin

Ais Krim Station

Ais krim ni Cie order 200 batang je. Lambat jugak habis. Tetamu ada banyak pilihan makanan. Tu yang malas order banyak-banyak. Penjual ais krim tu kata biasa 200 batang sejam je habis. Lambat jugak hari tu lebih sejam. Rasanya 2-3 jam jugak baru habis.


Sekian cerita Booth Kenduri Kahwin anak buah Cie. Next anak buah nanti entah bila pulak. Seronok betul dapat buat Booth Kenduri Kahwin ni. Cie dah lama tak buat deco dan tunjuk bakat deco. Hahahah. Zaman belajar dulu jela duk buat deco.

Sebelum buat deco kat kenduri kahwin anak buah tu Cie buat kat rumah dulu test. Rupanya letak-letak je menjadi la dessert table cuma kena ada barang je.

Dessert table

Dessert table


17 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. Murah rezeki cie dan yang lain2..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah rezeki pengantin dapat banyak sponsor. Pakcik makcik sepupu ramai 😬

      Padam
  2. Bestnya. Bertuah anak sedara ada Makcik2 yg dermawan dan rajin.

    BalasPadam
  3. Wahhh..Seronoknya...Mmg best bila ade adik beradik yg sporting nk sponsor mcm2 ni kan...=D

    BalasPadam
  4. Meriah jajannya Cie. Tentu seronok budak-budak yang datang.
    Saya pernah jaga booth masa majlis anak sedara, memang kita tak sempat nak ambil gambar elok.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la kan memang tak sempat. Nak ambil gambar menyelit2 pun tak lepas sentiasa ada orang.

      Padam
  5. baru lepas baca berita mStar dessert table diserbu kurang 10minit...haru kalau dapat tetamu macam ni...
    berseni tangan Cie,letak-letak pun dah cantik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye mujur kat sini takde macam tu. Sampai habis majlis pun ada je lagi balance kek untuk keluarga pengantin.

      Padam
  6. Patutlah kena serbu, memang menarik dessert table yg Cie buat dgn kakak² ni... Seronok dapat bg sumbangan utk kenduri ahli keluarga kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menambahkan menu2 yang sedia ada. Seronok tengok tetamu makan.

      Padam
  7. mcm2 ada station tu..syok la tetamu yg hadir

    BalasPadam
  8. Aisssh pandai kak Cie menata makanannya hingga terlihat cantik menarik. Susunannya pun kemas 😍😍😍. Sukaaaa.

    Ya laah, booth jajan ini pasti yg paling memikat, apalagi kalo ada anak2 kan 😄👍. Es krim tak cepat habis kali tuh yaaa. Mungkin Krn cuaca sedang agak sejuk ? 😅

    BalasPadam
  9. Menarik dessert dan jajan table tu. Tq share Cie.
    Tiba-tiba ada idea untuk majlis anak buah yang bakal tiba.

    BalasPadam
  10. Salah satu yg memeriahkan kenduri kawen adalah booth yg dibuka di keliling majlis.. :D

    BalasPadam
  11. Sukanya booth-booth dessert ni ala-ala klasik tersusun ..nampak cantik

    BalasPadam