Sebenarnya kan Cie dah lupa nak update kisah Bercuti Di Mandurah Hotel bulan lepas. Tu la bila bertangguh terus terlupa. Tiba-tiba je tadi teringat dan check post blog memang takde lagi kisah bercuti di Mandurah Hotel ni. Ya Ampun penyakit lupa makin parah dah ni kot. Hahahah.

Bercuti Di Mandurah Hotel

Padahal hari tu dah plan nak update tempat-tempat persinggahan dulu macam entry Kopi Mesin BeserahPok Awang Celup Tepung Kuantan dan Planet Seafood Balok lepas tu baru kisah Mandurah Hotel ni. Sudahnya lupa terus. Mujur bukan tahun depan baru teringat. Hahaha.

Dah alang-alang teringat ni kita share jela ye. Bercuti di Mandurah Hotel ni bukan kali pertama. Dah kali yang kedua. Memang cari hotel di tepi pantai. Cie booking melalui Agoda apps. Sebelum masuk Agoda apps tu Cie masuk ShopBack apps dulu supaya dapat cashback. Banyak cashback kalau booking melalui ShopBack apps. Cie pernah share dulu tentang ShopBack Apps. Cara daftar pun ada boleh la korang daftar percuma je.

Harga Cie dapat masa tu RM288.75 untuk Standard Triple Room dapat sekali breakfast untuk 3 orang, katil queen 1 dan katil single 1. Lepas tu nanti masa check in receptionist akan mintak deposit RM100 serta RM3 cukai kelestarian Negeri Pahang. Deposit masa check out akan dipulangkan. Waktu proses check in tu boleh terus bayar untuk tambahan breakfast. Cie tambah lagi 1 pax untuk kanak-kanak RM18.

Bercuti Di Mandurah Hotel

Bercuti Di Mandurah Hotel

Proses check in pun kejap je. Masa Cie check in tu dah petang sikit dalam pukul 4 lebih takde orang pun. Settle check in terus masuk bilik untuk mandi dan solat sebelum terjun pantai sebelah petang. Anak-anak la paling tak sabar nak terjun pantai. Panas terik sebelah petang. Tunggu redup sikit baru terjun pantai.

Bercuti Di Mandurah Hotel

Pantai memang betul-betul belakang je Mandurah Hotel ni. Boleh nampak dari bilik cuma sipi-sipi jela takde direct seaview. Memang tu la tujuan bercuti di Mandurah Hotel ni sebab nak mandi pantai. Kat Mandurah Hotel takde pool. Anak-anak Cie memang tak suka mandi pool so tak kesah la pool bukan keutamaan kalau pilih tempat bercuti.

Bilik sangat ok selesa la untuk kami 4 beranak. Cuma takdela perfecto sangat kan. Iron takde dalam bilik. Disediakan di setiap floor. Rezeki dapat bilik berdepan je dengan iron station. Memang senang la nak iron baju tudung bagai.










Hair dryer pun takde. Maybe hotel boleh tambah sikit letak hair dryer. Yela kan kita lepas mandi tu rambut basah-basah nak pakai tudung keluar tak selesa. Kalau ada hair dryer boleh la keringkan rambut. 

Yang lain semua ada. Ada coffee tea, ada kettle, toiletries, free wifi.

Untuk breakfast pulak ada pelbagai jenis menu. Banyak jugak pilihan. Kami macam biasa la sentiasa jadi orang terawal. 7.30am dah terpacak kat restoran tu untuk breakfast. Jadi orang terawal ni kita la yang pertama ceduk makanan. Takdela lebihan orang sangat.

Ada mi segera goreng, nasi lemak, sosej, popia, aneka kuih, kaunter telur, cereal, kopi, teh, jus, air sejuk, bihun sup, jagung susu, buah tembikai susu dan limau sunkist.







Kat Mandurah Hotel ni banyak jugak port untuk bergambar. View pun cantik. Cuma berbeza sikit dengan waktu kali pertama bercuti di Mandurah Hotel tahun lepas. Masa tu ada banyak jugak tempat ootd menarik. 












Bercuti kali ni tak masukkan gambar dalam Facebook. Selalunya Cie post kat FB je. Entahla faktor usia ke apa malas nak upload dalam FB. Kalau upload kat sana keluar la memory setiap tahun. Simpan memory kat blog jela. Tahun depan ke mana pulak destinasi percutian kita? Nantikan. Hehehe.