Pok Awang Celup Tepung Kuantan - Blog Roziah Muhammad Nor

Tuesday, October 29, 2024

Pok Awang Celup Tepung Kuantan

Minggu lepas Cie bercuti ke Kuantan. Hari Sabtu check in di Mandurah Hotel dan hari Ahad check out dah. 1 malam saja cuti weekend. Selepas check out tu terus kami cari makan lunch sebab masa tu dah pukul 12. Mula-mula nak cari dobi tapi macam nak makan dulu tu yang terus ke Pok Awang Celup Tepung Kuantan.

Sampai kat Pok Awang Celup Tepung pukul 12.17. Pekerja kedai kata buka pukul 12.30. Patut la masa sampai tu tengok ada 1-2 meja je ada orang. Selalunya memang full house la kat situ. Rupanya belum buka.

Pok Awang Celup Tepung Kuantan

Macam biasa la kami la tukang buka kedai. Hahaha. Rasanya dah 2 kali datang sini tolong buka kedai. Awal sangat datang sebelum waktu operasi. Kedai mereka jenis terbuka macam tu kita pun taktau dah buka ke belum. Takde nampak pun signage close open. Takpela asalkan dapat tempat duduk.

Pok Awang Celup Tepung Kuantan

Masa kami sampai tu mereka tengah buat persiapan nak mula beroperasi. Makanan laut pun mereka baru nak susun. Pekerja semuanya tengah sibuk bancuh air dan buat persiapan lain.

Bila kedai dah mula beroperasi ramai dah orang datang. Kat Pok Awang Celup Tepung ni boleh pilih sendiri pelbagai jenis makanan laut, bebola, sosej, cendawan. Harga setiap jenis tu berbeza la. Tapi bagi Cie harga kat Pok Awang Celup Tepung ni sangat berbaloi dan rasa sedap.

Pok Awang Celup Tepung Kuantan

Pok Awang Celup Tepung Kuantan

Kami ambil ikan, ketam, udang, sotong, bebola, sosej, cendawan enoki. Lepas pilih tu kita ke tempat timbang. Nanti akan ada seorang pekerja timbang di situ. Dia akan tanya nama dan nombor meja. Pekerja tu akan kira berapa harga makanan laut yang kita ambil dan bagi 1 salinan resit kepada kita. Boleh bagitau nak masak apa. Sama ada celup tepung, bakar atau masak kari. Kami pilih celup tepung je.

Pok Awang Celup Tepung Kuantan

Pok Awang Celup Tepung Kuantan

Siap timbang tu kita tunggu jela. Nanti mereka akan hantar ke meja kita. Sementara tu boleh la order air. Air pulak ada 3 jenis yang free refill cuma bayar segelas rm2 sahaja. Air teh o ais, sirap ais dan sarsi ais. Air lain pun ada macam-macam jenis. Air coway pun disediakan. Kami cuma order sirap dan teh o ais je. Ambil sendiri je.

Pok Awang Celup Tepung Kuantan

Makanan lain pun ada macam keropok lekor goreng, pulut panggang goreng, satar, karipap dan pelbagai jenis makanan lain. Kami cuma ambil keropok lekor goreng, pulut panggang dan karipap. Suami je makan yang tu. 

Pok Awang Celup Tepung Kuantan

Bila dah siap makanan celup tepung kami selambak 1 dulang ye. Jenuh nak habiskan. Masa ambil macam sikit rupanya bila dah masak jadi meriah pulak. Setiap meja disediakan 1 jug plastik sos. So boleh la makan banyak mana nak pun. Kat dalam dulang celup tepung tu diberikan juga sos thai. Taktau untuk apa ketam agaknya. Sebelum ni takde pulak dapat sos thai tu.

Pok Awang Celup Tepung Kuantan

Pok Awang Celup Tepung Kuantan

Sedapnya makan celup tepung kat Pok Awang Celup Tepung Kuantan di Pantai Pelindung ni. Segar betul rasa dia manis je. Cie dah beberapa kali datang sini memang memuaskan. Setiap kali ke Kuantan memang makan celup tepung kat sini la. 

Pok Awang Celup Tepung Kuantan

Ketam 2 ekor, ikan 2 ekor, sotong besar 1 ekor, udang 8 ekor kalau tak silap, cendawan enoki 1, bebola 5 biji, sosej 5 batang, keropok dan kuih rm5, pulut panggang 2, teh o ais 1, sirap ais 1. Semua sekali RM133. Makanan semua rasa fresh dan manis je. 

10 comments:

  1. Sekamat menjamu selera.. Macam best je..

    ReplyDelete
  2. Waaaaaa..nangis tengok..Terliur...hahaha

    ReplyDelete
  3. Oh, kita tak tahu tempat ni. Kena save ni, manalah tahu nanti nak pergi Kuantan lagi. Kalau yang biasa kita pergi tempat macam ni, dia dah goreng siap2.

    ReplyDelete
  4. Nak kena try ni ... Sebelum ni kami selalu ke Poksu, tapi yg ni nampaknya boleh pilih seafood fresh mesti lagi sedapkan

    ReplyDelete
  5. Sedapnyaa. Nasib baik baru lepas mkn ketam juga tadi.

    ReplyDelete
  6. Kuantan memang best jalan-jalan dan makan-makan kan tepi pantai sana tu :)

    ReplyDelete
  7. sedap mkn celup tepung dgn view pantai tu

    ReplyDelete
  8. terliur kak SA tengok...bila la nak sampai Kuantan ni...lambat betul bulan 12

    ReplyDelete
  9. Baca ini di saat pagi, langsung lapar perut 🤣🤣. Betul2 nampak sedap. Lokasi pula di tepi pantai 😍😍. View bagus, makanan sedap, combo sangat 👍👍

    ReplyDelete