Lepas Subuh tadi adik Rania sambung tidur, 10am baru dia bangun. Lambat la sikit Cie prepare breakfast.
Cie buat roti bakar letak marjerin dan gula je. Sebelum Faiz keluar hantar kakak Raisha tadi dia tanya dah adik Rania nak makan apa. Katanya nak makan roti je. Cie buat roti bakar jela.
Try jugak buat iced spanish latte guna Moccona nombor 8 yang Cie baru beli, sampai semalam dan hari ni terus buat. Nanti Cie share kat post lain. Pagi tadi pun dah share jugak iced caramel latte.
Untuk adik Rania dia request teh o ais. Makan roti bakar dan minum teh o ais. Cie pulak makan roti bakar dan minum iced spanish latte buatan sendiri.
Lepas sarapan terus la adik Rania makan ubat demam dan ubat batuk. Ubat batuk jenis cecair so takde masalah. Ubat demam biji memang bercinta la nak telan. Pahit la, besar la. Ada je alasan.
Anak-anak Cie sejenis susah nak makan ubat dan suplemen. Padahal Cie ada je vitamin C Shaklee tu kira free flow makan jela kan tapi taknak jugak makan. Beli brand lain pun sama kekadang tu sampai nak expired dah pun.
Beli yang gummy tu terlebih dose pulak sehari berapa kali nak makan. Sebotol tu sekejap je habis. Hahhh gitu la ye anak-anak ni macam-macam hal.


15 Ulasan
sedap tu roti bakar marjerin + gula..lama xmkn
BalasPadamWah, buat sendiri je spanish latte di rumah. Boleh jadi barista dah, Cie ni. 😊
BalasPadamRoti bakar marjerin gula tu simple tapi nostalgia sangat 😋 Part makan ubat tu memang macam-macam alasan anak-anak 😂 Semoga Rania cepat sembuh dan kembali ceria macam biasa. ❤️
BalasPadamNampak perfect roti bakar Cie tu. Bakar guna toaster ke?
BalasPadamAnak2 Akk tak nak ubat air, busuk kata depa 😅
vit C gummy mmg layan makan...sedap..semoga adik Rania cepat sembuh
BalasPadamhahaha adik rania sama laa mcm sy kecik2 dulu
BalasPadamkemainnnn tkt nak telan ubat pil
rela pecahkan bagi hancur pastu bancuh dgn air baru mkn hahaha
Wah Spanish Latte, favorite kita
BalasPadamTak senang hati kalau anak demam, ibu ambil cuti dapatlah jaga depan mata. Semoga cepat baik. Aamiin...
BalasPadamUbat ke supplement ke mesti kena paksa makan kan. Begitulah ragam anak-anak.
Hahaha tang ubat bukan Budak2 je tak suka achik notie pun kalau paracetamol belah 2 kalau tak tak tertekan tekak boleh keluar balik. Hehe he kerja sepital tapi takut ubat
BalasPadamDeme tak reti nak makan ubat biji.. tak reti telan..
BalasPadamNAMPAK SEDAP
BalasPadamSapa je yang tak suka vitamin gummy tu😅
BalasPadamTerbalik dengan anak saya kak. Kalau sirup memang susah minum, tak suka rasanya 🤣. Tapi kalau kapsul, semangat mereka. Tinggal letak dekat tenggorokan, minum air terus 😄. Lebih mudah buat mereka, tak perlu rasa2 aneh dari obat syrup katanya 😂
BalasPadamSemoga adik Rania cepat sembuh dari demam & batuknya. Kesian bila anak tak sihat ni, tapi lega sikit bila Cie ada kat sebelah jaga dia. Rajin Cie sempat bancuh iced spanish latte sendiri kat rumah. Selamat menikmati sarapan
BalasPadamshafahallah utk adik rania
BalasPadamTerima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.