Ole-Ole Dari Thailand - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Isnin, 11 November 2024

Ole-Ole Dari Thailand

Rezeki malam tadi anak buah singgah hantar ole-ole dari Thailand. Anak buah honeymoon kat Thailand. Malam tadi baru balik rumah dia. Tu yang singgah hantar ole-ole kat rumah makcik dia ni.

Ole-Ole Dari Thailand

Anak buah dah balik honeymoon, entry kenduri nikah pun belum habis share lagi. Hihi. Busy betul. Ingatkan nak settle weekend baru ni. Dah kena demam pulak Sabtu dan Ahad. Hari ni pun masih batuk dan selsema.

Cie tak pernah lagi jejak kaki ke Thailand. Entahla macam ada perasaan takut nak pergi negara orang. Teringin tu ada. Nak pergi Thailand atau Indonesia. Tak sampai je lagi.

Dapat ole-ole dari Thailand pun dah cukup la kan. Ada burger, fridge magnet, beg duit.

Terima kasih kakak Tasha atas ingatan. Anak buah Cie ni anak kakak Cie yang kedua. Memang dari kecik Cie rapat dengan dia. Ke mana je Cie pergi mesti dia ikut kalau cuti sekolah. Masa tu ada arwah mak lagi. Ke Terengganu, Perak, Penang merata la memang mengikut je.

Masa dia sekolah asrama selalu jugak jenguk dia. Masa kat UIA pun selalu jugak bawak keluar makan atau hantar makanan. Masa chambering ada sekejap duduk dengan Cie sebulan. Dah kerja, dah menikah dah pun. Besar dah anak-anak buah. Makcik pun dah tua. Hahaha.

11 ulasan:

  1. Alhamdulillah... Dapat ole2 dari pengantin baru..

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah rezeki... Tak lupa dia dekat mak sedara dia 👍🏻

    BalasPadam
  3. Jgn takut Cie pegi negara org. Klu takut, bwk geng ramai2.

    Alhamdulillah, ingat anak sedara pd Makciknya.

    BalasPadam
  4. Begitulah anak saudara yang baik, tak pernah lupa makciknya. Burger tu, burger macammana, Cie?

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah ole2 thailand
    Sana memang pegi sakan la tu borong

    BalasPadam
  6. semoga kembali sihat Cie...Alhamdulillah, dpt ole-ole Thai..

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah.
    Rezeki dapat oleh-oleh dari Thailand. Bestnya.

    BalasPadam
  8. Tak usah worried kalo traveling keluar kak , sekali coba biasanya akan addict 😄. Macam saya lah. Kalo ke Indonesia dan visit Jakarta, nanti bisa contact saya, saya ajak jalan2 kliling jakarta ☺️

    BalasPadam