Tahlil Dan Doa Selamat - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Sabtu, 9 November 2024

Tahlil Dan Doa Selamat

Cerita minggu lepas, baru hari ni nak kongsikan kat sini. Busy sangat takde masa nak mengarang. Biasa la ada mood kita mengarang banyak la idea nak menaip tapi kalau takde mood nak buat apa pun malas. 

Minggu lepas 1 November 2024 Cie buat Tahlil Dan Doa Selamat kat rumah Cie. Plan dengan adik beradik kebetulan semua ada balik untuk hadir kenduri nikah anak buah 2 November. 1 November tu semua dah sampai tu yang plan buat Tahlil Dan Doa Selamat.

Tahlil Dan Doa Selamat

Dah alang-alang semua ada kita buat la tahlil untuk ayah genap 4 tahun pada 3 November 2024. 4 tahun dah ayah pergi meninggalkan kami. Cepat sangat masa berlalu.

Tahlil Dan Doa Selamat

Tahlil Dan Doa Selamat

Tahlil Dan Doa Selamat

Tahlil Dan Doa Selamat

Menu makan malam Tahlil Dan Doa Selamat tempah katering je dan ada yang Cie dan kakak masak. Menu katering Cie tempah nasi putih, ayam masak lemak, ikan goreng, ulaman dan sambal belacan.





Menu masak sendiri sambal lodek (petai tempoyak), ikan pekasam goreng, acar lada, gulai patin tempoyak. Ada tambahan buah tembikai dan air teh o ais.







Alhamdulillah dapat berkumpul adik beradik 7 orang, ipar duai, anak-anak saudara dan cucu-cucu. Kakak Cie je yang kat Penang tak dapat balik. Anak abang no3 2 orang tak dapat balik. Anak kakak no6 sorang tak balik. Meriah jugak riuh je berkumpul walaupun rumah Cie kecik je sampai duk luar la. 

Seronok berkumpul ramai-ramai. Sampai terlupa nak ambil gambar 7 beradik. Mana yang sempat jela. Lepas selesai tahlil dan doa selamat, kami sama-sama potong buah untuk majlis kenduri keesokkannya nak hidang rojak buah untuk tetamu.


Kakak no7 dan kakak ipar no3 kat dapur bahagian kupas kulit nanas dan sengkuang. Cie, kakak no6 dan kakak ipar no5 bahagian potong-potong. Yang baju purple tu kakak no2 yang nak menikahkan anaknya. Nanti next entry Cie share cerita kisah kenduri pulak. Tunggu kerajinan. Hihi

14 ulasan:

  1. Alhamdulillah, bila ada peluang dapat berkumpul memang meriahlah menunya. Menu yg berat² tu serah aje pd katering, kita sediakan saja ongkosnya.

    BalasPadam
  2. Jamuan kenduri yang sangat menyelerakan. Makan ramai-ramai pula tu. Seronok.

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah. Moga ukhuwah antara keluarga berpanjangan.
    Sambal belacan tu....perghhhh!

    BalasPadam
  4. Alhamdulillah.. Seronok dapat berkumpul adik beradik... Semoga terus kekal pakatan adik beradik.. Aamin2

    BalasPadam
  5. walupun x semua yg hadir yg penting dpt berkumpul ramai2...
    alhamdulillah... majlis berjln lancar

    BalasPadam
  6. Alhamdulilah. Kadang tu memang ada yang tak dapat hadir. Yang hadir pun dah meriah.

    BalasPadam
  7. alhamdulilah. senang dah sekarang, nk buat tahlil tempah katering

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah sama² berkumpul adik beradik dan buat tahlil pula, bagus sangat ni Cie...
    Acar Cili tu nampak menarik. PH nak Google resepi la :)

    BalasPadam
  9. Sentiasa cari peluang untuk berkumpul ramai-ramai macam ni. Seronok bila dah berkumpul, macam-macam cerita keluar.

    BalasPadam
  10. Wow..Sedap2 menu nih..Arwah abah sy pun dh 4 tahun jg =(

    BalasPadam
  11. Seronok berkumpul ramai- ramai kan..Kak SA plan nak buat tahlil 28 Dec nanti sempena birthday arwah Mak Pah...

    BalasPadam
  12. Tahun meninggalnya sama dengan mama mertua saya juga. Krn covid.

    Happy sangat kalo bisa berkumpul ramai seperti ini, walau tetap belum lengkap, tapi dah terbilang ramai juga yg datang. Makanan pun sedap semua kak 😍😍😍. Kebersamaan nya itu yg penting ❤️

    BalasPadam
  13. Alhamdulillah ..semua dapat berkumpul untuk majlis tahlil .

    BalasPadam