Bulan lepas malam Deepavali kami keluar rumah naik kereta pusing-pusing Bandar Lipis. Saja je nak tengok kot ada kaum hindu main bunga api ke apa. Takde nampak pun. Kami singgah la 7-Eleven Cafe.
Tu la kali pertama jejak kaki masuk ke 7-Eleven Cafe. Selalunya adik Rania je turun ikut babah dia membeli. Ibu dan kakak Raisha tunggu dalam kereta. Saja jela malam tu turun la jugak nak tengok apa yang ada.
Masuk je 7-Eleven adik Rania ambil kad. Ibu dah pelik kad apa pulak ni. Adik Rania kata nak beli makanan kena guna kad ni nanti tunjuk je kat cashier tu. Oh macam tu rupanya mana la kita tau kan tak pernah masuk. Hahaha
Dah kenyang dinner kat rumah makan nasi, saja jela beli ais krim, air slurpee, curry puff dan chocolate danish kat 7-Eleven Cafe tu. Menarik juga makanan dalam tu. Next time kita cuba yang lain pulak.
Mcm2 dah skang.. 7-11 ada cafe. Pejabat pos ada cafe... Senang mcm nie
BalasPadamRasanya belum pernah ke Lipis, nak sangat ke sana. Kawan2 sekolah dulu ada dari Lipis, katanya dah berubah tak macam dulu lagi. Moga sampai nanti.
BalasPadamsy suka banana muffin 7E ni. kalau mkn panas2 mmg 👍👍👍
BalasPadamdah macam family mart dah yaa. kenaaa try pergi jugak ni :)
BalasPadamKat Senawang ada satu....
BalasPadamOh SEVEL sekarang ada cafe nya juga kak? Rindu jugaa dengan sevel ini. Dulu di Jakarta ada banyak. Tp sebab mereka tidak mentaati aturan dengan menjual alkohol, padahal izin nya tidak ada minuman alkohol, akhirnya ditutup semua cabang. JD tak ada lagi di indonesia
BalasPadam7e cafe ni dah macam² ada ..
BalasPadam