Hujan Lebat Pagi Ni - BLOG ROZIAH MUHAMMAD NOR

Rabu, 27 November 2024

Hujan Lebat Pagi Ni

Sekarang ni dah masuk musim hujan dah kat Lipis. Start dari hari Isnin memang mendung je tak nampak matahari dah. Minggu lepas on off dan masih nampak matahari. Minggu ni hujan on off sepanjang hari. Hujan lebat pagi ni sebelum 7 pagi tadi.

Kakak Raisha kena bawak payung la. Mujur ada payung lipat tu senang dia nak bawak. Ramai je tadi anak-anak tak berpayung. Kesian pulak tengok. Adik Rania babah dia kata nak masuk je dalam pagar sekolah taktau la tu. 

Sekolah kakak Raisha memang tak boleh masuk. Kalau parents boleh masuk ok la boleh payungkan sampai kat bangunan. Tadi bagi je dia bawak payung sendiri. Harapnya dia pandai la tutup tu kang. Payung tu susah sikit nak tutup.


Cie tadi pun keluar kereta kena pakai payung. Kalau tak memang lencun la hujan lebat. Cie parking tepi je dengan office Cie tapi nak jalan tu basah jugak la kalau tak berpayung. Kalau hujan renyai-renyai ok lagi. Kalau hujan lebat macam pagi ni memang kena berpayung.



Dalam kereta memang ada payung. Ambik sesiap tadi letak kat depan


Selamat dah masuk office tak basah walaupun hujan lebat pagi ni. Payung membantu melindungi ku. Hihi. Dah masuk musim banjir ni kat sini. Dengar berita Kuala Krai pun dah banjir. Kelantan memang dah mula banjir. Pahang belum lagi ni. Beberapa minggu lepas je ada banjir kilat.

Selalunya kalau hujan non stop dari Raub dan Cameron Highlands akan tolak ke Lipis dan sini akan jadi banjir besar. Memang tenggelam habis la semua jalan. Semoga takdela banjir besar ni. Kesian mangsa yang terlibat. 

Rumah Cie selamat cuma jalan nak keluar dari taman Cie memang semua naik air. Memang stranded kat taman jela tak boleh ke mana-mana.


8 ulasan:

  1. Take Care..Sini KL pun dh start hujan ni...

    BalasPadam
  2. payung memang sentiasa ada dalam beg dan kat KL sekrang ni pun tak menentu dah cuaca. pagi mendung, tengahari karang bukan main panas tuptup pukul 3 hujan lebat

    BalasPadam
  3. Take care Cie. Tadi baca amaran utk ramalan hujan tengah bulan December nanti. Sejuk ni kan, nak makan je. Hehe.

    BalasPadam
  4. Semalam ramalan cuaca cakap mendung je, jadi bawak motor pergi kerja, tapi hujan masa balik kerja. Hari ni ramalan cuaca cakap hujan, jadi bawak kereta, tapi sekarang tak hujan lagi, mendung je dari tadi.

    BalasPadam
  5. Semoga aman tak banjir ya kak. Akhirnya dah masuk musim penghujan. Jakarta yg tadinya terik membahang dan mulai hujan juga, trutama sore 😄. Sejuk sikiit lah jadinya

    BalasPadam
  6. Tengok kat Kelantan banjir besar.....moga kawasan sana tak ada banjir ni. Kat Selangor ni pun hujan je....bila dah berhenti....dia hujan balik.

    BalasPadam
  7. kl pun ujan lebat juga....kt klate dh banjir

    BalasPadam