Petang tadi anak-anak kebosanan ajak babahnya pusing-pusing naik kereta. Entahla nak ke mana kan. Kami pun bersiap. Tak bawak apa la just bawak handphone je ingatkan pusing dalam taman je.
Sekali babahnya bawak keluar dah sampai simpang keluar taman. Babahnya kata ada Pekan Sari Benta kan jom ke Benta la. Hah sudahnya ibu takde bawak beg ke apa memang semata-mata handphone jela. Takpela dekat je.
Mujur la semenggah sikit pakai baju dan seluar. Kalau tak memang segan nak turun pergi Pekan Sari Benta tu. Dari rumah Cie ke Benta tu dalam 20 minit rasanya.
Sampai je ke Pekan Sari Benta tu tengok tak ramai pun orang. Orang menjual pun tak ramai. Tak semeriah dulu-dulu. Taktau la faktor orang berjimat ke apa. Sekarang pekan sari dah tak meriah.
Pusing-pusing pun taktau nak beli apa je. Beli la kebab, lokcing, sosej gunting, pau goreng inti kacang, husband beli kuih muih. Tu jela yang ada berkenan di hati. Ada juga jual yong tau fu, sate, ayam gunting, ayam goreng, murtabak, keropok.
Sayur-sayur dan bahagian ikan pun takde orang jual. Maybe esok la agaknya. Pekan Sari Benta tu bermula petang Sabtu dan pagi Ahad. Dulu-dulu petang Sabtu pun dah meriah. Beza sangat dengan sekarang. Ahad taktau la lama juga dah tak pergi.
Seronok pusing-pusing tengok orang jual sayur kampung yang kita tak pernah jumpa pun ada jual. Kejap jela lepas beli makanan terus gerak balik.
Sedap pau goreng inti kacang ni rm2 je |
Jambatan ni masa banjir besar dulu tenggelam |
Kan...kat mana manapun pekan sari dah hilang auranya..tak tau dimana silapnya..sayang kan..
BalasPadamPekan sari dah kalah dengan pasar raya
BalasPadamsemua pekan skrg x semeriah dulu... huhuhu
BalasPadamBetul, skrg pasar malam, pasar pagi dan pekan sehari dah tak meriah macam dulu :(
BalasPadamTerkadang sedih juga kalo lihat pekan market seperti ini tak ramai. Kasian sellernya. Saya paling suka datang ke pekan macam nih, Krn banyak yg bisa dibeli , trutama makanan ðŸ¤
BalasPadamKena ada wow factor supaya pekan sari dapat menjadi tumpuan. Makanannya perlulah makanan yang rare, kuih-kuih kampung yang susah nak jumpa dah. Begitu juga sayur-sayur, bahan masakan. Contoh pekan sari Temerloh rasanya masih top kerana ada wow factor ni ditambah dengan pertambahan bilangan penduduk.
BalasPadam