Cuti 9 Hari - Blog Roziah Muhammad Nor

Monday, January 27, 2025

Cuti 9 Hari

Memandangkan minggu ni ada cuti tersepit hari Rabu dan Khamis nanti Hari Kelepasan Am Raya Cina maka nya Cie decide untuk cuti 9 hari. Bercuti panjang berehat je kat rumah. Kemain ye panjang cuti 9 hari mengalahkan orang nak raya. Hihi.

Cuti 9 Hari

Nampak macam banyak betul cuti kan. Cie memang cuti Sabtu dan Ahad. Cuma tambah Cuti Rehat Tahunan pada hari Isnin, Selasa dan Jumaat iaitu 27 Januari, 28 Januari dan 31 Januari.

Cuti Hari Kelepasan Am Hari Raya Cina jatuh pada 29 dan 30 Januari 2025. 25 dan 26 Januari, 1 dan 2 Februari memang cuti Sabtu dan Ahad. Jadi la total cuti 9 hari bila dicampurkan kesemuanya.

Tahun ni tak banyak sangat audit nak kena hadap jadinya kita tenang-tenang la dulu di awal tahun. Tu yang ambil cuti awal-awal sementara tak terlalu busy sangat ni. Nanti bila dah terlalu busy nak cuti pun tak sempat.

Cuti tahun ni ada 33 hari. Dah ambil 4 hari so tinggal lagi 29 hari. Raya nanti cuti panjang lepas tu takde dah plan nak cuti panjang. Lagipun adik Rania lepas naik sekolah nanti dah busy dengan kelas UPKK. Memang mereput jela kat rumah tak boleh nak ke mana-mana. Sekolah KAFA dia memang sentiasa buat kelas tak kira cuti ke tak. 

Hari ni pagi-pagi dah ada orang cari. Biasa la orang terpenting. Hahaha. Cie pun siap bawak balik jadual staf dan rekod rekod cuti staf. Senang nak check dan approved siapa yang dah isi HRMIS Cuti. Bukan apa kekadang mereka ni selalu la lupa nak isi. Dah cuti baru isi. Sepatutnya kena isi sebelum cuti. Cie ni selalu la remind suruh mereka isi.

Cuti 9 Hari

Cuti 9 Hari

Cuti 9 hari ni memang ada jela aktiviti kat rumah. Hari ni pun busy mengemas bilik. Banyak lagi barang kena buang. Dah malam baru sempat mengadap blog. Banyak lagi pending post ni.

8 comments:

  1. Hamboiii bestnya Cie, dpt cuti lama.
    Enjoy yr holiday.

    ReplyDelete
  2. Ambil 2-3 hari je tp dapat 9 hari terus kan... Berbaloi sangat 👍🏻
    Akk pun projek kemas mengemas tak habis² lagi hihi

    ReplyDelete
  3. Bestnya cuti 9 hari tu.boleh gi holidayyyy

    ReplyDelete
  4. Wahhh..Best ni..Sy masih kerja hari ni..Tapi bos bg free leave on this friday..Jadi dapat la cuti 5 hari..Selamat bercuti =)

    ReplyDelete
  5. oh, dia nak buat declutter ya. Selamat mengemas, Cie.

    ReplyDelete
  6. Bestnya cuti panjang. Hari tu ingat nak apply cuti juga, tapi cancel sbb dah plan ke tarikh lain. So CNY ni mereput kat rumah juga.

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat cuti lama..akak cuti start esok sampai Ahad je..5 hari je..syg plak nak guna cuti tahun

    ReplyDelete