Fun Walk Dan Karnival Jualan - Blog Roziah Muhammad Nor

Monday, January 20, 2025

Fun Walk Dan Karnival Jualan

11 Januari 2025 yang lepas, Sekolah Menengah Clifford mengadakan Fun Walk Dan Karnival Jualan. Karnival jualan bermula 8 Januari hingga 11 Januari 2025, Fun Walk pada 11 Januari 2025. Pihak sekolah menetapkan kod pakaian hitam putih untuk ibu bapa, alumni sekolah, guru-guru dan pelajar yang ingin menyertai Fun Walk. Tiada bayaran dikenakan.

Fun Walk Dan Karnival Jualan

Seawal 7.15 pagi kami dah keluar rumah sebab nak kena ada di padang sekolah jam 7.30 pagi. Pagi tu hujan turun renyai-renyai. Tapi kami hadir juga la memandangkan selain dari ada aktiviti Fun Walk ada juga karnival jualan. Sampi saja kami di sekolah hujan masih renyai-renyai. Agak lambat jugak sesi pendaftaran bermula. Mungkin guru-guru nak turun hujan berhenti.

Fun Walk Dan Karnival Jualan

Kaunter pendaftaran di buka dan perlu scan QR je. Selepas itu cikgu berikan nombor cabutan bertuah. Nombor cabutan masih secara manual. Nombor pada kertas sahaja. Lama juga kami menunggu untuk guru-guru memulakan acara. Hujan masih renyai-renyai. Bawa payung dah siap-siap kalau Fun Walk diteruskan boleh guna payung je.

Fun Walk Dan Karnival Jualan

Tiada tanda-tanda hujan nak berhenti maka acara senamrobik diteruskan juga. Ibu dan adik Rania berpayung dah. Babah siap berjaket dah. Kakak Raisha dah hilang dengan kawan-kawan kat tengah padang.

Fun Walk Dan Karnival Jualan

Bila hujan dah semakin lebat kami semua lari ke tepi dah. Pelajar-pelajar lebih seronok main hujan. Cikgu senamrobik nak stop pun mereka suruh sambung. Lama pulak tu senamrobik dalam 4-5 lagu rasanya. Kami tak sampai habis 1 lagu dah lari ke tepi hujan makin kasar.

Fun Walk Dan Karnival Jualan


Fun Walk Dan Karnival Jualan

Selepas selesai senamrobik hujan pun dah berhenti maka acara Fun Walk diteruskan dekat je perjalanan untuk Fun Walk. Ibu jalan dengan adik Rania dan babah. Kakak dengan kawan-kawan ibu pun tak nampak dah hilang ke mana.

Fun Walk Dan Karnival Jualan

Fun Walk Dan Karnival Jualan

Nombor cabutan ni perlu di bawa bersama. Last check point nanti sebelah kertas akan dipotong untuk sesi cabutan bertuah. 

Fun Walk Dan Karnival Jualan

Ada stesen air juga. Tak dan nak haus dekat sangat perjalanan. Ramai je yang singgah ambil air. Cie tak ambil pun malas nak tunggu ramai orang beratur.

Fun Walk Dan Karnival Jualan

Dapat juga naik tangga 100 ni. Terlupa nak kira betul ke tak 100 mata tangga. Ramai sangat berduyun-duyun naik tangga tak sempat nak mengira. 

Fun Walk Dan Karnival Jualan

Lalu juga kat bangunan bersejarah kat Lipis. Bangunan lama kerajaan ni. Dulu Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah kat sini la. Sekarang ni Majlis Daerah dah ambil bangunan ni dijadikan bangunan pejabat mereka.
Fun Walk Dan Karnival Jualan

Dah sampai semula kat sekolah memang dekat sangat-sangat tak sampai 5000 step pun. Dalam 2000 lebih step sahaja sebenarnya. Lepas dah habis Fun Walk kita singgah gera-gerai jualan pula ada macam-macam jenis barangan dan makanan dijual. Kakak Raisha kata soft toy yang ibu bagi tu hari pertama jualan dah habis dibeli pelajar-pelajar sekolah. Mesti berebut mereka beli sebab murah je cikgu jual. Duit jualan masuk tabung PSS.

Fun Walk Dan Karnival Jualan

Fun Walk Dan Karnival Jualan
gerai jualan kelas kakak Raisha. Soft toys dah habis mereka jual gelang

Makanan paling banyak dijual kat karnival jualan ni. Seronok pelajar-pelajar berpeluang menjual. Kakak Raisha kata semua cikgu punya cuma pelajar tolong menjual je. So dapat la pengalaman menjual. Sempat la beli kek batik, air, keropok, corndog dan popia salad untuk anak-anaknya.

Fun Walk Dan Karnival Jualan

Fun Walk Dan Karnival Jualan

Fun Walk Dan Karnival Jualan

Fun Walk Dan Karnival Jualan
boleh la burn 104kcal berjalan lepas tu tambah kalori lagi makan-makan

Selepas selesai Fun Walk ada cabutan bertuah. Bersantai-santai sambil makan dan minum. Sambil-sambil juga menunggu cabutan bertuah. 

Fun Walk Dan Karnival Jualan

Cie ni jarang bertuah kalau ada acara cabutan bertuah. Nombor tak pernah ada luck. Kami dapat 3 nombor untuk ibu, babah dan adik Rania. Kakak Raisha ada juga nombor dia. Babah dah masuk kereta dia dah bosan menunggu. Ibu saja nak tunggu lagi kot ada rezeki. 

Tengah selfie dengan adik Rania tiba-tiba dengar macam nombor dipanggil kali kedua dah masa tu apa lagi kelam kabut Cie berlari nak ambil. Nombor tu nombor babahnya. Sebelum dia masuk kereta dia bagi nombor dia tu. 

Fun Walk Dan Karnival Jualan
gambar selfie ni la tiba-tiba nombor diumumkan

Kiranya rezeki babah la bukan ibu. Hahah. Babahnya memang selalu ada luck. Masa dia join event Fun Run kat Cameron Highlands team dental ada buka booth pun babah nya dapat lucky draw blender. Kat Fun Walk Dan Karnival Jualan kali ni dapat pembakar roti. Nombor 707 pulak tu cantik.

Fun Walk Dan Karnival Jualan

Grand prize yang dapat TV tu nombornya 709 lagi sikit je nombor kami 708. Takde luck. Kalau tak dapat dah TV baru.
Fun Walk Dan Karnival Jualan

Selepas je tamat acara cabutan bertuah kami pun balik. Singgah makan tengahari dulu. Masa tu dah hampir 12 tengahari baru majlis selesai. Terlalu banyak ada hadiah cabutan bertuah disediakan. Macam-macam ada.

12 comments:

  1. congratsss best dpt hadiah lucky draw tu!!!

    ReplyDelete
  2. Tahniah! Wah akhirnya babah yang bertuah ya!

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah rezeki tu dapat toaster oven tu 👍🏻
    Bestnya aktiviti begini, dapat kenal dgn cikgu² & parents lain juga kan.
    Seronok sangatlah budak² dapat berzumba dlm hujan hehe

    ReplyDelete
  4. Aktiviti sekeluarga ni.
    Bagus semua nak join.

    ReplyDelete
  5. Seronok kan klu ada aktiviti sekolah mcnie bersama parents..
    wah..bertuah dapat lucky draw...

    ReplyDelete
  6. bagus prg mcm ni..
    congrats naik juga nombornya

    ReplyDelete
  7. waahhhh bestnya nombor babah naik! extra seronok bila nombor cabutan bertuah disebut! hehehe

    ReplyDelete
  8. best juga fun walk siap ada lucky draw. tahniah dpt lucky draw

    ReplyDelete
  9. Lama betul kan Sekolah Clifford ni. Karnival memang best, macam2 acara ada.

    ReplyDelete
  10. Mujur hujan renyai berhenti ... Dapat teruskan fun walk

    ReplyDelete