Girls Day Out - Blog Roziah Muhammad Nor

Wednesday, January 1, 2025

Girls Day Out

Anak-anak bosan duduk rumah takde buat apa hari ni. Cuti sehari malas nak ke mana-mana. Babahnya ke kebun. Ibu pun ajak la anak-anak keluar. 

Girls Day Out

Semalam ada nampak promo Tea Live buy 2 free 1. Ngam la tu untuk kami 3 beranak. Ibu pulak teringin nak makan kek Secret Recipe. Lama betul tak makan kek Secret Recipe. Tea Live dan Secret Recipe pun sederet je senang sekali arung je pergi.

Girls Day Out

Tengahari tadi bersiap-siap terus keluar. Mulanya order dari rumah dah kat apps Tea Live entah kenapa apps tu takde outlet Lipis. Ingatkan kot line problem ke apa. Siap log out, log in semula pun takde outlet Lipis untuk pick up.

Girls Day Out

Girls Day Out

Start kereta terus gerak jela kot line problem ke apa kat rumah. Parking depan Tea Live. Try lagi godek punya godek depan Tea Live tak berjaya jugak. 

Try klik reorder dari history order. Boleh pun kena reorder je dari order lama tu lepas tu edit je dari situ nak tambah ke nak tukar order. Bila dah settle klik pay tetiba loading je.

Turun kereta, masuk la Secret Recipe dulu beli kek dan masih loading apps Tea Live tu. Dah settle beli kek masuk Tea Live Cie tanya adik barista tu. Dia tanya dapat order ke sebabnya tak keluar outlet Lipis. Cie kata dah order cuma loading je.

Girls Day Out

Girls Day Out

Dia suruh Cie reload. Cie pun keluar dari apps dan masuk semula. Adik tu tanya duit potong tak. Tengok-tengok memang potong. Cie check history ada je sebenarnya kat history dan air tu dah siap pun adik tu buat tunggu Cie datang je. Dia dah simpan dalam fridge. Cie tunjuk kat dia order tu terus dia pack dalam paperbag. 

Katanya memang takde outlet Lipis dalam apps entahla kenapa katanya. Cie tadi sebab nak grab promo Buy 2 Free 1 tu kena order melalui apps je baru dapat guna.

Entahla apa problem apps tu. Mujur ada je masuk order. Kami pun lepak la dalam Tea Live kejap sambil makan kek dan minum-minum. Walaupun kat dalam Tea Live tu ada tampal no outside food. Haahhaah. Bantai jela kan. Asalkan kita order jugak air Tea Live.

Girls Day Out

Girls Day Out

Selfie dan borak-borak dengan anak-anak. Nama pun girls day out kan. Habis kek kami pun gerak. Air bawak balik jela tak habis minum. 

Girls Day Out

Girls Day Out

Ingatkan nak terus balik. Nampak MR DIY kita masuk jela walaupun taktau nak beli apa. Memang suka cuci mata kat situ. Walaupun takde beli mesti masuk tengok-tengok.

Girls Day Out

Girls Day Out

Girls Day Out

MR DIY tu 2 tingkat. Naik ke tingkat atas terus terfikir nak beli apa. Hari tu cikgu ada send memo dalam group kalau ada yang nak sumbang hadiah untuk majlis konvo darjah 6 nanti dialukan. Hadiah cabutan bertuah la agaknya tu. Cie pun ambil la hadiah. Sekali beli apa yang patut. 

Girls Day Out

Settle membeli terus balik rumah. Anak-anak sambung makan Nasi Lemak Pandan Kukus ibu pagi tadi. Memang buat untuk breakfast dan lunch sekali arung senang.

6 comments:

  1. Wah, rezeki betul dapat promo macam tu. Orang kata Tea Live memang sedap, tambah pula dapat share dengan keluarga. Kek Secret Recipe tu pun tak pernah mengecewakan, confirm puas hati. Selamat menikmati masa berkualiti bersama keluarga.

    ReplyDelete
  2. Nasib baik aunty SA x minum tealive dan masih cut sugar...kalau x sure nak join...apapun esok cadangnya nak puasa tapi kak SA, PZ dan suami akit perut cirit birit...penat dh...seronok bila keluar dengan gegirls kan...such a quality time

    ReplyDelete
  3. Lama tak pekena tealive, selalunya order kat foodpanda, sekarang minum manis di rumah sahaja laa

    ReplyDelete
  4. bonding mother-daughters...kalau tealive suka yg brown sugar..yg ada boba..

    ReplyDelete
  5. Pelik aplikasi Tealive itu takde senarai cawangan Lipis.

    ReplyDelete