Hari Pertama Bekerja Di Tahun Baru 2025 - Blog Roziah Muhammad Nor

Thursday, January 2, 2025

Hari Pertama Bekerja Di Tahun Baru 2025

Setelah bercuti pada 1 Januari 2025, maka 2 Januari 2025 merupakan hari pertama bekerja di tahun 2025. Takde apa yang berubah pun sama je. Busy seperti biasa bila hari pertama bekerja di tahun baru.

Hari Pertama Bekerja Di Tahun Baru 2025

Masuk je office tengok baju jabatan dah siap. Tahun lepas bulan 12 staf ajak buat baju jabatan yang baru. Cie pun on jela. Tahun ni ambil yang muslimah. Cepat jugak siap katanya tempah online dari Kedah. Boleh la pakai nanti masa nak buat program jabatan.

Hari Pertama Bekerja Di Tahun Baru 2025

Letak ketepi baju terus on komputer. Tengok to do list untuk disiapkan hari ni sempena hari pertama bekerja di tahun 2025.

Segala macam laporan dan cencus la nak kena buat dan submit. Bila kerja sorang-sorang semua benda nak hadap memang boleh stress jadinya. Tapi hadap jugak la kan dah nama tanggungjawab.

Sampai sakit tengkuk, sakit kepala bila terlalu serabut nak settle banyak benda. Bila buat A, B tak siap lepas tu kang nak buat C pulak. 

Bertahun dah kerja sorang-sorang je entahla bila nak tambah perjawatan. Office luas ada 4 meja tapi duduk la sorang-sorang takde officemate. 

Kadang-kadang rasa nak menangis bila time busy. Tapi apa boleh buat jugak tak boleh mengubah apa-apa. Orang kata kerja kerajaan senang je boleh mengular, boleh itu boleh ini. Untungnya la kan orang tu.

Cie ni masuk kerja sebelum 7.30am takdela masa nak mengular ke, nak mengopi ke kat luar. Takde masa ye. Memang mengadap kerja dari pagi sampai la balik petang. Waktu rehat je tak mengadap kerja. 

Cerita kat orang pun takde yang faham keadaan kita. Orang nampak kita tenang je hadap kerja sorang-sorang tapi hakikat sebenar hanya Allah yang tau.

Harap sangat semoga tahun 2025 ni ada sinar nak dapat perjawatan baru. 

13 comments:

  1. Selamat Tahun Baharu 2025.
    Semoga Allah mremudahkan urusan Cie dan memaqbulkan doa Cie🤲🤲🤲

    ReplyDelete
  2. Happy new year..Sy naik keje mcm biasa =D

    ReplyDelete
  3. ammi kerja juga macam biasa. ammi hanya berdua je dengan boss kat office. jadi segala mak nenek atas bahu kita. kertas habis kita, lampu rosak kita, toilet sumbat kita. tapi mujur juga boss tahu appreciate apa yang kita buat

    ReplyDelete
  4. happy new year...kita next week br keje

    ReplyDelete
  5. Just enjoy the moment Cie...nanti ada peruntukan ada la kot new staff.

    ReplyDelete
  6. Selamat bekerja, moga terus bersemangat mengadap kerja.

    ReplyDelete
  7. Selamat tahun baru 2025 ... selalunya awal tahun lagi banyak kerja kan .

    ReplyDelete
  8. Faham sangat. Moga dipermudah kan semua urusan Cie. Sihat ceria selalu.

    ReplyDelete
  9. Cuti hari rabu semalam naik kerja rasa macam Isnin...kan?hahaha Selamat tahun baru 2025 Cie

    ReplyDelete
  10. Memang biasa je bila masuk kerja tahun baru, sama seperti hari-hari sebelumnya. Cuma rasa sedikit lebih sibuk, tapi itulah rutin yang tak pernah berubah...

    ReplyDelete
  11. Takpelah Puan Cie baik berkat kerja sepenuh waktu bekerja takde sempat mengular. Alhamdulillah. Faham mesti tertekan untuk siapkan tugas.

    ReplyDelete
  12. Happy new year..sama la MA pun keja...and rasa mcm hari isnin je kannn? 😅

    ReplyDelete