Lunch Hari Ni Di Josi - Blog Roziah Muhammad Nor

Sunday, January 5, 2025

Lunch Hari Ni Di Josi

Hari ni breakfast je masak cekodok bilis dan bawang. Lunch malas masak dah. Kebetulan husband takde hari ni ada kerja sikit pagi-pagi dia dah keluar lepas sarapan cekodok. Sebelum keluar dah tinggal duit. Memang panjang la langkah keluar lunch hari ni di Josi.

Lunch Hari Ni Di Josi

Cakap kat anak-anak lepas Zohor kita keluar la pergi lunch kat Josi. Teringin nak makan mushroom soup dan garlic bread kat Josi tu memang sedap. Hari tu dah makan tapau je. Hari ni ajak anak-anak lunch kat situ jela.

Ibu order set mushroom soup dan air hazelnut coffee blended. Kakak Raisha order kerabu maggi dan teh thai ais. Adik Rania order laksa telur sarang tambah telur rebus dan teh thai float. Laksa sarang tu ibu yang nak makan. Adik Rania makan laksa telur rebus je.

Lunch Hari Ni Di Josi

Lunch Hari Ni Di Josi

Lunch Hari Ni Di Josi

Lunch Hari Ni Di Josi

Kat Josi ni ada pelbagai jenis makanan lain jugak. Ada waffle. Waffle banjir pun ada. Banjir tu dicurah sos coklat atasnya. Waffle tu kita pilih la nak periksa apa. Cie selalu jugak makan waffle banjir kat situ. Selain tu banyak juga pilihan makanan lain dan semuanya sedap.

Seingat Cie asalnya Josi ni jual donut. Donut dia pun sedap. Lepas tu dia jual laksa telur sarang. Dan seterusnya tambahan produk lain juga. Makanan kering macam kerepek-kerepek pun ada. Kuih raya pun ada. 

Lunch Hari Ni Di Josi

Nak makan situ pun selesa ada disediakan meja dan tempat makan ada aircond. Order kat kaunter dan terus bayar. Nanti makanan dah siap kita ambil sendiri kat kaunter.

Lunch Hari Ni Di Josi

Lunch Hari Ni Di Josi

Lunch Hari Ni Di Josi

Total bil kami tadi RM36.90. Harga kerabu maggi RM7. Harga laksa tu RM7 tapi ada tambah telur rebus tu entahla berapa. Set mushroom soup RM6. Yang lain-lain tu lupa harga berapa. Ada je harga dipamerkan kat atas kaunter tu.

Lunch Hari Ni Di Josi



4 comments:

  1. Kalau si ayah xde mulalah bermalasan kan? hehehe... quite cheap jugak mkn kt situ.. laksanya mcm menarik je

    ReplyDelete
  2. Makanan nampak sedap dan harga pun sangat- sangat ekonomi la

    ReplyDelete