Cuti sekolah dah bermula minggu lepas. Sesi persekolahan 2024 pun dah tamat. Maka nya sesi sorting uniform sekolah anak-anak yang dah tak pakai.
Macam kakak Raisha dah masuk sekolah menengah memang tak pakai dah uniform Pengawas PSS SISP tu. Adik Rania pulak start tahun ni sekolah KAFA dia tukar uniform baru jadinya baju putih dan kain hijau dah tak pakai. Uniform sekolah adik Rania masih muat.
Cie nak bagi FREE je uniform sekolah prelove yang masih elok lagi. Kalau luar Kuala Lipis Cie mintak bayar postage je. Uniform semua masih elok. Jarang pun pakai. Sekolah banyak pakai baju sukan je tahun lepas. Kecuali acara rasmi baru la pakai tu pun jarang sangat. Rugi je kalau simpan.
Tu yang Cie nak bagi FREE saja. Kalau ada yang memerlukan boleh hubungi Cie melalui whatsapp Cie. Nak mintak juga rakan-rakan blogger share ye kalau ada kenalan yang memerlukan. Cie sertakan gambar uniform yang masih available. Size kat gambar.
Baru ni vest blue black dan seluar uniform pengakap kakak Raisha dah ada orang ambil. Kawan-kawan jugak yang tengok story whatsapp Cie. Seluar uniform pengakap tu memang tak pernah pakai pun dan masih baru.
Tahun ni pun belum tahu lagi pakai uniform sekolah atau baju sukan lagi. Nanti beli uniform tiba-tiba kena pakai baju sukan pulak. Dah beberapa tahun asyik kena scam je. Beli uniform tiba-tiba tak pakai. Memang rugi betul asyik bertukar-tukar je.
Harapnya tahun ni pakai jela baju sukan. Tapi tu la kena juga standby uniform untuk majlis rasmi. Buat macam dulu ok juga. 2 hari uniform sekolah, 2 hari baju sukan, sehari baju koko. Kalau diputuskan awal-awal ok la.
Entah bila nak mencari baju uniform sekolah menengah kakak Raisha. Setakat ni memang sekolah harian jela. Kalau dapat SBP pun rasanya tolak tapi taktau la kalau kakak Raisha nak duduk asrama. Ibu tak harap pun kakak duduk asrama. Kat rumah pun tak pandai urus diri lagi. Tengok la macam mana nanti. Sebelum buka sekolah kena dah beli baju uniform kakak Raisha.
Elok2 lagi tu :)
ReplyDeleteMZ pun lom gi beli lagi uniform sek utk my razeen ni
ReplyDeleteBagusnya inisiatif Cie untuk bagi uniform sekolah prelove secara percuma! Elok-elok lagi semuanya. Semoga usaha Cie ni menjadi inspirasi buat ramai orang lain juga.
ReplyDeleteAlhamdulillah bagus bgi Preloved mcm ni.. moga sentiasa dimurahkan rezeki.. aminmm
ReplyDeleteSama la Akk pun nak letgo baju Adik. Belum lelong sbb dah aim nak bagi siapa :)
ReplyDeleteSayang juga pakaian sekolah yang masih elok tu , tapi kalau dah tak muat terpaksa juha diberikan pada orang lain . Harap pemberian cie dapat membantu golongan yang memerlukan
ReplyDelete