Aktiviti Reka Dan Makan - Blog Roziah Muhammad Nor

Wednesday, February 19, 2025

Aktiviti Reka Dan Makan

Hari ni adik Rania ada buat Aktiviti Reka Dan Makan untuk panitia Rekabentuk Teknologi (RBT) so kena bawak apron plastik, sarung tangan plastik, pisau plastik, pinggan, roti, telur rebus dan makanan yang difikirkan sesuai untuk aktiviti REKA DAN MAKAN.

Aktiviti Reka Dan Makan

Ibu ni jem la otak tak boleh nak fikir nak bagi bawak apa. Suruh babahnya beli roti je. Tak terfikir la nak suruh beli apa-apa hiasan untuk roti tu. Cikgu kelas inform petang semalam. Malam baru buka gambar contoh aktivit reka dan makan tu.

Check dalam fridge jela ada apa. Timun je ada. Tomato ceri pun dah kecut. Bawak jela timun, roti dan telur rebus. Malas dah ibu nak fikir. Roti tu ibu tekap dengan acuan bunga je. Timun hiris nipis. Telur rebus ibu cucuk bunga cengkih buat mata dan mulut. Letak dalam fridge. Pagi nak pergi sekolah baru keluarkan.

Cikgu kelas share gambar Aktiviti Reka Dan Makan anak buat tu. Ibu tengok meriah betul adik Rania punya hiasan roti rupanya ambil kawan punya sikit. Kawan bawak lebih katanya so share jela. Selalu gitu la kalau adik Rania bawak apa-apa lebih ibu suruh share jugak.

Aktiviti Reka Dan Makan

Aktiviti Reka Dan Makan

Anak-anak seronok la dapat hias roti dengan macam-macam kreativiti. Mak pak la kena sediakan bahan. Khamis nanti pun ada projek sains pulak. Minggu awal ni tak belajar lagi.

3 comments: