Hari Jumaat kat Bandar Lama Kuala Lipis ada pasar malam. Ada pelbagai jenis menu yang dijual. Kalau malas nak masak memang ke situ la membeli apa yang patut. Ada masa jemu jugak dinner menu pasar malam. Kalau dah lama tak makan menu pasar malam baru la membeli semula.

Dinner Menu Pasar Malam

Hari ni malas nak masak suruh anak-anak request je kat babah nak makan apa. Ibu ikut je. Selalunya selera kami sama je. Kakak Raisha request nak makan yong tau fu dan sosej gunting. Ibu pulak suruh beli popia crab cheese.

Maka nya dinner menu pasar malam jela kita hari ni. Takde mood nak masak. Hari-hari masak takde idea jugak. Lagipun tadi balik lambat sikit sebabnya banyak kerja. Weekend cuti kan so kena pulun settle kerja apa yang patut.

Cepat betul masa berlalu. Rasanya baru je lagi Isnin, ni dah Jumaat pun. Weekend ni takde aktiviti pun. Nak servis kereta je. Lepas tu beristirehat kat rumah jela.