9 pagi macam tu kami suami isteri terus ke BS nak beli lauk pauk dan sayur-sayur. Stok untuk seminggu je biasanya. Fridge tak besar sangat so untuk seminggu jela kita beli.
Husband beli ayam, ikan siakap, ikan selar. Cie bahagian sayur dan buah. Beli kangkung, kailan, cili padi, cili besar, lengkuas, bawang putih, bawang besar. Buah pulak beli pisang berangan dan dragon fruit. Nak beli timun jepun takde stok pulak kat BS tu.
Settle groceries shopping Cie ajak husband pergi tempah langsir pulak. Random sangat kan tiba-tiba nak tempah langsir. Hahaha. Pergi kedai langsir kat Lipis Centrepoint. Situ je ada 1 kedai langsir memang laku la semua tempah kat dia.
Owner kedai cakap full dah tempahan sebelum raya. Kalau nak katanya seminggu lepas raya boleh la siap. Cie tempah langsir sliding je jadinya sikit jela. Bilik tak pakai langsir dah. Pakai blind je senang tak payah susah-susah nak cuci.
Langsir rumah Cie ni sejak 2018 rasanya lama sangat dah tak pernah tukar. Tempah kat Nilai 3. Langsir boleh siap terus. Bagi ukuran, pilih kain dan mereka terus jahit siap selepas beberapa jam.
Bila basuh je togel la sliding tu. Lepas basuh terus bawak dobi untuk dryer, pasang semula. Gitu la rutin selalunya.
Kali ni nak tukar pakai kayu pulak. Langsir lama pakai besi. Masa tu takde plan nak duduk rumah ni. Cie sewakan rumah ni sejak 2014. 2017 baru pindah masuk ke rumah ni.
Bab deco rumah tak pandai sangat pun. Asalkan sedap mata memandang dah la. Owner kedai cakap kalau sempat settle semua tempahan sebelum raya nanti dia terus jahit Cie punya cuma tak janji katanya. Cie ok je pun pagi raya tak beraya kat rumah pun nanti balik beraya kat kampung jugak.
Hahahah.. random betul, Cie. Tiber tempah langsir, siap lepas raya pun takpe eh.
ReplyDeletecute jer kaler langsir tu...sama tema dgn umah MZ, dan sofa MZ pun kaler dark grey jugak
ReplyDeleteRumah kami pun tingkap semua guna blind, lebih mudah diurus dan nampak moden. Sliding door jelah berlangsir.
ReplyDeleteBoleh pulak ya Cie, lepas shopping barang dapur terus terfikir tempah langsir :D
Selamat menyopink
ReplyDeleteSuka tgk org buat persiapan raya deko2. Sbb I tak deko sgt. Mungkin nt last minute kena gotong royong dgn anak3 kot, insha Allah.
ReplyDeleteTakpe, raya kan sebulan :p
ReplyDeleteAkk pun pakai kayu skrg ni, nampaklah klasik sikit
Langsir rumah kami di Kuantan ni, tempah di Vietnam sebelum balik December 2007. Masih elok tapi mcm dah bosan. So yg di bilik anak2 beli langsir di Romantika, cantik jugak. Yg lain masih yg lama.
ReplyDeleteWahh berapa tempahan langsir dekat sana?
ReplyDeleteRumah Cuya masih guna langsir yg sama tpi guna yang dh lama tk pakai beberapa tahun lepas. So kira mcm basuh guna balik setelah bertahun tak guna
Saya pun tak pakai langsir di rumah. sebab lebih suka pakai stiker yg mana orang luar tak bisa lihat ke dalam, tp kita di dalam rumah bisa lihat keluar. Lebih praktis. Tak payah cuci langsir 🤣
ReplyDeleteRuang tamu berwajah baru lah raya ni nanti.
ReplyDelete