Weekend macam biasa la kita buat groceries shopping kat BS FreshMart. Semalam la hari groceries shopping. Pergi dengan husband je. Kakak Raisha taknak ikut. Adik Rania ada kelas tambahan KAFA. Takde tukang tolak troli dan tukang timbang sayur.

Groceries Shopping dan Tempah Langsir

9 pagi macam tu kami suami isteri terus ke BS nak beli lauk pauk dan sayur-sayur. Stok untuk seminggu je biasanya. Fridge tak besar sangat so untuk seminggu jela kita beli.

Groceries Shopping dan Tempah Langsir

Husband beli ayam, ikan siakap, ikan selar. Cie bahagian sayur dan buah. Beli kangkung, kailan, cili padi, cili besar, lengkuas, bawang putih, bawang besar. Buah pulak beli pisang berangan dan dragon fruit. Nak beli timun jepun takde stok pulak kat BS tu. 

Settle groceries shopping Cie ajak husband pergi tempah langsir pulak. Random sangat kan tiba-tiba nak tempah langsir. Hahaha. Pergi kedai langsir kat Lipis Centrepoint. Situ je ada 1 kedai langsir memang laku la semua tempah kat dia. 

Groceries Shopping dan Tempah Langsir

Groceries Shopping dan Tempah Langsir

Groceries Shopping dan Tempah Langsir

Owner kedai cakap full dah tempahan sebelum raya. Kalau nak katanya seminggu lepas raya boleh la siap. Cie tempah langsir sliding je jadinya sikit jela. Bilik tak pakai langsir dah. Pakai blind je senang tak payah susah-susah nak cuci.

Langsir rumah Cie ni sejak 2018 rasanya lama sangat dah tak pernah tukar. Tempah kat Nilai 3. Langsir boleh siap terus. Bagi ukuran, pilih kain dan mereka terus jahit siap selepas beberapa jam. 

Groceries Shopping dan Tempah Langsir

Groceries Shopping dan Tempah Langsir

Bila basuh je togel la sliding tu. Lepas basuh terus bawak dobi untuk dryer, pasang semula. Gitu la rutin selalunya.

Kali ni nak tukar pakai kayu pulak. Langsir lama pakai besi. Masa tu takde plan nak duduk rumah ni. Cie sewakan rumah ni sejak 2014. 2017 baru pindah masuk ke rumah ni. 

Bab deco rumah tak pandai sangat pun. Asalkan sedap mata memandang dah la. Owner kedai cakap kalau sempat settle semua tempahan sebelum raya nanti dia terus jahit Cie punya cuma tak janji katanya. Cie ok je pun pagi raya tak beraya kat rumah pun nanti balik beraya kat kampung jugak.