Menu Berbuka Puasa 25 Ramadan 1446H - Blog Roziah Muhammad Nor

Wednesday, March 26, 2025

Menu Berbuka Puasa 25 Ramadan 1446H

Makin penghujung Ramadan ni makin malas nak masuk dapur. Tapi kena la la masuk juga kang tak berbuka pulak kita. Lebih selesa masak sendiri dan berbuka di rumah je. Setakat 25 Ramadan ni takde lagi berbuka kat mana-mana. 

Menu berbuka puasa 25 Ramadan 1446H ni kita tukar sikit dari menu plan asal kita. Menu asal ayam masak kerutuk, acar timun, ikan masin, nasi putih je. Tiba-tiba pagi tadi macam nak tukar masak nasi marjerin jela sesuai la makan dengan ayam kerutuk dan acar timun.

Menu Berbuka Puasa 25 Ramadan 1446H

Maka nya petang tadi ambil daun pandan dalam pasu nak masuk dalam nasi marjerin nak bagi wangi sikit. Terhasil la nasi marjerin menu berbuka 25 Ramadan hari ni.

Menu Berbuka Puasa 25 Ramadan 1446H

Ayam masak kerutuk tu disebabkan hari tu ada beli rempah kerutuk. Tapi tak masak-masak lagi. Saja beli masa tu segala jenis rempah Cie ambil. Takdela suka sangat masak kerutuk ni. Pertama kali jugak masak ni. Taktau la apa rasanya tu.

Menu Berbuka Puasa 25 Ramadan 1446H

Acar timun kena ada kalau makan dengan nasi berperisa. Timun, carrot, bawang besar, cili hijau. Cili merah dah habis. Cili hijau pun boleh la.

Menu Berbuka Puasa 25 Ramadan 1446H

Ikan masin kita cancel ganti dengan papadom jela baru ngam. Awal kita masak menu raya. Raya pun tak fikir lagi nak masak apa. Beraya kat rumah sendiri je pagi raya baru balik rumah kakak-kakak, kakak ipar.

Menu Berbuka Puasa 25 Ramadan 1446H

Petang tadi kat tempat kerja husband ada program sempenan Ihya Ramadan. Ada khatam Al-Quran, solat hajat, bacaan Yasin. Dapat la rojak dan makanan lain.

Menu Berbuka Puasa 25 Ramadan 1446H

Alhamdulillah rezeki menu berbuka hari ni. 

4 comments: