Menu Berbuka Puasa 6 Ramadan 1446H - Blog Roziah Muhammad Nor

Jumaat, 7 Mac 2025

Menu Berbuka Puasa 6 Ramadan 1446H

Sampai dah kita ke Ramadan yang keenam. Terasa pantas masa berlalu. Nanti sedar tak sedar eh dah raya. Begitulah masa berlalu dengan sangat cepat meninggalkan kita. Menu terakhir untuk minggu ni. Freezer pun dah kosong. Esok nak restock bekalan lauk pauk seminggu.

Menu Berbuka Puasa 6 Ramadan 1446H

Untuk Menu Berbuka Puasa 6 Ramadan 1446H hari ni Cie masak sambal telur pecah. Ni memang kegemaran anak-anak Cie. Bertambah-tambah makan nasi kalau dapat menu ni.

Menu Berbuka Puasa 6 Ramadan 1446H

Ikan pekasam goreng dan ikan masin goreng. Sedap juga ikan masin kelantan yang kakak ipar Cie bagi tu. Ada beberapa jenis ikan. Semalam ikan lain, hari ni Cie try ikan lain pulak. Goreng dengan bawang besar dan cili padi. Memang membuka selera makan.

Menu Berbuka Puasa 6 Ramadan 1446H

Sayur pulak ada lagi kobis bulat dalam fridge so kita buat goreng kicap je. Sayur ni Cie dan suami je makan. Suami pulak kalau ada dia akan makan. Kalau takde takpe je. Cie pulak sejenis mesti kena ada sayur baru lengkap menu. Ulam timun pun takpe dah.

Menu Berbuka Puasa 6 Ramadan 1446H

Buah-buah wajib ada sepanjang puasa kali ni. Nak tambahkan nutrisi dalam hidangan. Walaupun sikit asalkan ada. Buah epal, limau, anggur.

Menu Berbuka Puasa 6 Ramadan 1446H

Suami balik kerja tadi dia beli talam berlauk. Bertukar setiap hari menu kuih dia beli. Dia sorang je pun makan kuih. Kalau ada yang kena dengan tekak kami baru kami 3 beranak makan. Kami makan nasi je berbuka. Suami akan makan kuih dulu baru makan nasi.

Menu Berbuka Puasa 6 Ramadan 1446H

Alhamdulillah rezeki Menu Berbuka Puasa 6 Ramadan 1446H. Selamat berbuka!

5 ulasan:

  1. Kita pun suka sambal pecah telur. Memang menambah nasi dalam pinggan ni.

    BalasPadam
  2. Ana pun jenis yg berbuka makan kuih/mee/buah... nasik mkn waktu sahur hehe

    BalasPadam
  3. Sedapnya sambal telur pecah. Kita buat selalu tak menjadi.

    BalasPadam
  4. alhamdulillah, bln puasa ni semua pun rasa sedap kat tekak sbb seharian berlapar kan

    BalasPadam
  5. Samalah kita, jenis kalau makan nasi mesti kena ada sayur

    BalasPadam