Resipi Cornflakes Caramel - Blog Roziah Muhammad Nor

Tuesday, March 25, 2025

Resipi Cornflakes Caramel

Asyik duk lalu lalang je kat Facebook Cornflakes Caramel ni maka nya tahun ni kita cuba buat. Selalunya setiap tahun anak-anak request Cornflakes Madu. So weekend hari tu Cie buat la Conrflakes Caramel sampai cedera la jari terkena caramel tu. 

Resipi Cornflakes Caramel

Bahan nak buat Cornflakes Caramel ni senang je. Mudah cari kat pasaraya. Hanya dengan beberapa bahan sahaja. Terima kasih la kepada yang mencipta resipi ni. Sedap betul macam makan Popcorn Caramel tu. 

Resipi Cornflakes Caramel

Resipi Cornflakes Caramel

Bahan-bahan Cornflakes Caramel

500gm cornflakes
180gm gula pasir
250gm buttercup
200ml whipping cream
Secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

Cara Membuat Cornflakes Caramel

  1. Masukkan gula ke dalam periuk (kalau ada kuali pun boleh je. Cie pakai periuk senang boleh terus gaul cornflakes dalam tu). Biarkan sehingga gula tu cair. Semasa dalam proses nak cair tu sekali sekala kaup gula yang cair kat tepi tu ke tengah dan yang belum cair tu ke tepi. Pastikan buka api perlahan je.
  2. Bila dah betul-betul cair tu masukkan buttercup. Kacau sebati. Biarkan dalam 5 minit sambil kacau sekali sekala.
  3. Masukkan secubit garam dan esen vanilla dan kacau.
  4. Masukkan whipping cream sedikit demi sedikit sambil kacau. Bila dah agak sebati semua bahan tu tutupkan api.
  5. Biarkan sejuk sekejap. Masukkan cornflakes dan kacau rata.
  6. Sudukan ke dalam cup dan susun dalam dulang pembakar.
  7. Bakar dengan suhu 160c dalam 10 minit je.
Ada orang buat tak bakar. Boleh terus makan. Ada orang bakar semua sekali dan nanti masukkan dalam balang je. Cie tukar sikit letak dalam cup supaya nanti senang tetamu datang beraya nak makan. Kalau makan sendiri takpe letak terus dalam balang.

Resipi Cornflakes Caramel

Setengah tupperware dah habis Cornflakes Caramel tu. Selepas berbuka makan, masa sahur makan. Rasanya weekend nanti nak buat lagi la. Whipping cream ada lagi tu. Kena beli cornflakes dan buttercup je.

8 comments:

  1. WH...menarik resipi ni....saya belum pernah try

    ReplyDelete
  2. Menarik resepi ni 👍🏻
    Tapi itulah, tahun ni tak sampai seru nak buat kuih raya 😅

    ReplyDelete
  3. Ehhhh..Sy pun ade buat biskut cornflakes caramel ni last weekend cie...Same la biskut raya kita =D

    ReplyDelete
  4. biasa tgk org buat conflake madu..ni conflake caramel plak

    ReplyDelete
  5. Nampak jugak tiap hari lalu di sosial media. Macam nak kena buat jugak ni.

    ReplyDelete
  6. CCL pun ada juga beli bahan2 nk buat cornflakes caramel ni .. entah sempat nk buat sebelum raya atau pun buat lepas raya

    ReplyDelete