Hari ni takde buat apa. Berehat je memandangkan lunch pun tak perlu masak kan puasa. Tu yang masuk kitchen buat Stok Bawang Blend Dan Sambal untuk seminggu cukup la.
Cie buat bawang besar blend dan bawang putih blend. Cie buat sikit je sebab jarang sangat guna yang blend untuk masak. Selalunya suka hiris je. Saja jela standby bawang besar dan bawang putih blend ni. Senang kalau tiba-tiba nak guna yang blend.
Sambal hitam pulak memang tak kira waktu. Sentiasa je buat stok kat rumah ni senang bila-bila nak makan. Sambal hitam ni senang je nak buat asalkan ada belimbing buluh rebus tu je. Kalau takde belimbing rebus boleh la jadi sambal goreng je. Biasanya orang makan sambal hitam waktu sahur. Cie memang tak makan nasi sahur so makan berbuka jela.
Sambal Penyet pulak selalu jugak Cie buat stok senang nak makan. Gilir-gilir la kadang-kadang buat sambal belacan. Stok sambal simpan je dalam fridge senang bila-bila nak makan.
Nanti minggu depan buat sambal belacan la pulak. Stok sambal belacan hari tu dah habis. Hampir 2 minggu je bertahan dalam fridge tu.
mudah urusan bila dpt buat stock bawang blend & sambal mcm Cie buat ni
ReplyDeleteSenang la buat yang frozen ni.
ReplyDeleteAkk pun kali ni buat juga stok bawang kisar wpun selalu guna bawang hiris je. Kot la tak sempat kan, dah ada stok ni senang kerja nanti
ReplyDeleteSedapnya ada sambal hitam tu Cie. Memang sesuai buat bukak mata masa makan sahur.
ReplyDeleteRajin, sudah siapkan stok bawang dan sambal. Senang kerja nanti.
ReplyDeletebagus betul ada stok2 gini, senang nak masak2!
ReplyDeletemudah kan kalau nak guna... yg lambat m,asak ni sb p;ersediaan barangnya sahaja...
ReplyDeleteSedapnya sambal hitam! Kecur air liur.. hehheh
ReplyDeleteSaya kakk stok sambal memang selalu ada juga. Krn tak bisa makan tanpa sambal 😄. Kdg sambal hijau, kadang sambal bawang, tergantung stok cabai di rumah.
ReplyDeleteSaya pernah save resep sambal hitam kakak. Tp blm bisa coba Krn belimbing wuluh ini susah sangat di jakarta.
Memudahkan kalau ada yang dah siap blend..tapi macam akak memang x suka blend...suka hiris atau tumbuk
ReplyDeleteAmmi tak pernah buat stok bawang blend ni. Biasanya ammi kupas sesiap utk masuk dalam bekas. Bila jadi pes tak pandai pulak nak mengagak sukatan
ReplyDelete