Semalam Cie ditimpa ujian kecil sikit. Semuanya berlaku dengan cepat je. Asbab begitu dan begini. Jatuh, pengsan dan jatuh. Kiranya 2 kali jatuh la. Hah begitulah kronologi cerita semalam.
Ceritanya begini. Lepas siap masak menu berbuka semalam keluar pergi beli barang sikit kat BS Freshmart. Nak dijadikan cerita ada barang takde. So ajak la husband ke TMG pulak.
Husband parking depan TMG tu je. Dia parking mengundur. Cie turun kereta, betul-betul sampai kat bonet tu Cie terjatuh. Lantai kat depan TMG tu tak rata. Jadi tak perasan masa pijak tu. Depan Cie 2 beradik tu berjalan. Memang tak pandang ke bawah la. Pandang ke depan je.
Lepas jatuh tu Cie bangun. Ada la rasa kaki sakit tapi boleh je gerak. Ada abang tu tanya ok ke. Cie kata ok. Mulanya malu sebab jatuh kan. Hahaha. Betul-betul depan pintu TMG tu. Cashier apa semua nampak la. Husband tak nampak sebab dia parking mengundur. Jadinya membelakang ke tempat Cie jatuh tu.
Lepas dah rasa ok Cie jalan hala ke tempat troli. Masa tu ok je. Sampai tempat troli tu baru rasa macam gelap je nak pitam. Cie sempat suruh anak-anak panggil babah dalam kereta. Masa kakak pergi panggil babah tu Cie dah tak sedar apa.
Cie sedar bila dengar adik Rania panggil ‘ibu bangun ibu’. Masa tu husband dah pegang Cie pusingkan badan. Cashier dan staf TMG ada datang dekat. Staf TMG siap bawak 1st aid kit lagi. Rupanya berdarah kat kepala sikit. Kat bahagian tepi dahi belah kiri. Mungkin terhentak ke lantai dalam keadaan jatuh mengiring kot. Kejadian tu cepat je less than 5 minutes rasanya. Takde bucu tajam ke apa. Spek mata pun bengkok sikit kesan terhentak tu kot.
Husband suruh anak ambil tisu dalam kereta. Husband lap je pakai tisu. Masa tu la staf TMG bawa 1st aid kit tu. Husband kata takpe nak terus ke klinik. Husband terus papah Cie masuk kereta. Pergi klinik terdekat kat Poliklinik Al Farhain.
Masa kat situ doktor check gula dan BP ok je. Doktor cakap nak buat ECG. Cie kata nak buat kat hospital. Doktor klinik tu cuma gam jela luka tu tak dalam pun. Cuma berdarah sikit dan bengkak. Azan pun berkumandang masa kat klinik tu. Doktor bagi MC sehari 10/4. Bayaran kena RM85. Terima kasih suamiku bayar. Terkejut juga masa tanya suami tu RM85 kena. Takde ubat pun. Biasa la klinik swasta kan. Kita yang tak membayar ni rasa ruginya.
Balik rumah berbuka, solat Maghrib dan Isyak dulu dah siap baru gerak ke Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lipis pulak. Sampai hospital MA tanya kena apa, check semula BP dan oksigen. Terus MA kata masuk dalam jumpa doktor dulu la. MA tolak dengan wheel chair.
Masuk je dalam doktor India lelaki assist Cie. Dia tanya la apa semua cerita. Check lagi sekali BP dan oksigen. Staff Nurse buat ECG. Check jantung. Masa buat ECG ni kena tukar baju belang dan kena buka bra. Malu juga walaupun staff nurse perempuan.
Lepas tu doktor perempuan melayu ambil darah sampai 2 tempat tak jumpa urat. Urat halus sangat. Mulanya dia ambil belah kanan tak dapat. Cie suruh dia ambil belah kiri sebab Cie kata selalunya ambil darah untuk kospen tu belah kiri. Dapat la sikit. Tak cukup. Datang lagi sorang doktor perempuan melayu ambil lagi tempat mula-mula tadi dapat la darah. Sambil baca macam-macam doa. Punya la struggle team doktor ni. Hihi. Urat Cie memang halus. Ada orang tertentu je pandai ambil.
Lepas tu kena kencing nak test air kencing pulak. Baru la ke Xray. Kat Xray ni semua kena buka termasuk kerongsang tudung. Terlupa pulak nak pakai tudung sarung je. Cie pakai tudung bawal. Ikat jela kerongsang takde. Kena tukar pakai kain belang pulak. Spender pun kena buka. Rantai dan gelang Cie dah tinggalkan kat rumah dah agak memang kena buka semua waktu Xray. Kat bahagian Xray ni memang detail la Juru Xray tu buat. Kaki badan apa semua. Juru Xray lelaki. Tapi bagusnya slow slow je dia buat gerakkan kaki badan.
Settle tu masuk semula ke Jabatan Kecemasan. Tunggu result. Selepas Xray tadi doktor india lelaki tu scan perut dan jantung. Ada Staff Nurse sekali kat tepi. Malunya la selak bahagian dada dan perut. Nampak la tut. Tapi takpela kita fikir darurat kesihatan.
Doktor cakap takde apa. Patah ke apa takde. Kaki sakit tu mungkin otot cedera sikit katanya. Cuma air kencing ada infection sikit. Staffnurse cucuk ubat antibiotik. Sekali sakit gila. Tempat drip yang doktor ambil darah tu macam tak betul jarum tu kena urat. Dia terus stop masukkan ubat dan buka jarum tu. Sakit betul.
Datang pulak doktor india lelaki tadi masukkan lagi tempat drip sebelah kiri pulak. Baru la ok masa dia masukkan ubat antibiotik. Cie ni dah la alergik dengan jarum-jarum. Terus rasa seram bila kena cucuk sana sini.
Jam dah hampir 12am. Result semua dah settle. Doktor bagi balik dengan ubatan dan sekeping MC sehari 10/4.
Allah uji sikit je ni. Alhamdulillah untuk ujian ini. Doakan kaki Cie cepat sembuh ye.
Terima kasih suami dan anak-anak. Terima kasih adik beradik dan keluarga yang ambil berat dan mendoakan.
Terima kasih kawan-kawan dan yang semua bertanya khabar tengok status Cie. Terima kasih mendoakan Cie.
Terima kasih team Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lipis dan Jabatan Radiologi yang merawat Cie dengan penuh profesional. Walaupun dah lewat malam. Pesakit tak putus-putus silih berganti. Staff nurse tu mengandung tapi masih gigih merawat semua pesakit. Memang salute kat mereka ni. Walaupun ramai je yang mengutuk team kesihatan. Bersyukur la rawatan percuma je takde bayar apa-apa.
Badan penat pun boleh collapse kan Cie..apapun semogaa takde apa yang memudaratkan...rehat hari ni ye...
ReplyDeleteDugaan Syawal...Moga cepat sembuh...details jugak diorg check sana sini...Moga yg merawat dipermudahkan urusan jugak...
ReplyDeleteAllahuakbar..Semoga kaki cie cepat sembuh..Amin
ReplyDeleteMungkin penat, puasa lagi, cuaca panas ke... Apapun akk doakan tiada yg serious dan Cie diberi syifa' 🤲🏻
ReplyDeletesmoga cpt sembuh kaki tu...
ReplyDeletenervous sgt bila baca entry cie ni. moga cepat sembuh tau. take care. shafakillah
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh, Cie. Bawa-bawa berehat, ye.
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh
ReplyDeleteBawa-bawa berehat Cie.
ReplyDeleteSemoga pulih sepenuhnya.
Mujur takde apa2 yg serius. Take care and take a good rest Cie
ReplyDeleteAllahu... semoga yang baik² buat Cie.
ReplyDeleteBerehat ya.
Allahuakbar moga takda yg serius.. tekejut baca Cie jatuh :(
ReplyDeleteMoga tiada yang serius. Rehat dan jangan kerja kuat ya.
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh cie... kurang rehat agaknya tu... biasalah musim raya jadi kurang tidur
ReplyDeleteAllahu.. semoga tiada yg memudaratkan, Amiinnn YRA.
ReplyDeleteYa Allah, tapi hasil pemeriksaan semua oke ya kak. Alhamdulillah. Moga2 memang tak ada kenapa2. Hanya letih saja mungkin. Cepat pulih kak
ReplyDeletealhamdulillah x de apa yg serius..have a good rest & moga cepat sembuh ke
ReplyDelete