Shopping Di KL - Blog Roziah Muhammad Nor

Wednesday, April 30, 2025

Shopping Di KL

Sabtu minggu lepas 26 April selepas je habis Taklimat UPKK 2025 adik Rania kami bergerak ke KL. Hajatnya nak shopping di KL. Baju anak-anak, kasut kerja Cie dan apa-apa jela yang menarik untuk dibeli.

Shopping Di KL
Tol Bentong

Anak-anak dah semakin membesar memang kena beli baju untuk remaja dah. Dulu masa kecik boleh la beli brand kanak-kanak. Sekarang kadang-kadang rembat baju ibu je.

Masuk Padini di Sunway Velocity dah takde sangat baju-baju yang berkenan. Dulu banyak je kemeja, tshirt cantik-cantik. Yang ada banyak baju office je. Masuk H&M, Uniqlo apa lagi entah semuanya macam takde yang anak-anak berkenan. 

Masuk Parkson pun tak jumpa. Yang jumpa kasut kerja Cie je RM99 2 pasang. Hari tu beli kat Sogo. Rupanya kat Parkson pun ada brand Coloris ni. Terus beli je. Yang lama tu ok je cuma nampak macam dah buruk sikit. Rasanya 2 tahun dah pakai.

Shopping Di KL

Shopping Di KL

Husband pulak beli baju kat butik New Era. Biasanya beli Padini je. Kali ni dia nak beli brand lain pulak. Kami 3 beranak mengopi je depan butik tu ada Gigi Coffee. Lama jugak husband masuk dalam tu kami tunggu kat luar je. Kebetulan ada kerusi dan takde orang duduk situ. 

Shopping Di KL

Shopping Di KL

Masa on the way balik tu ajak husband singgah Aeon Taman Maluri pulak nak try cari baju kat situ. Pun takde jugak. Sempat beli underwear jela brand Scarlet. Anak-anak pun pakai brand ni jugak. Cie dah berpuluh tahun pakai brand Scarlet ni hanya ada kat Aeon je. Tak pernah jumpa tempat lain.

Shopping Di KL

Tu jela yang sempat shopping. Turun KL pun dah petang. Ke sana sini mall pun nak tutup dah semua. Last kat Aeon Taman Maluri tu pun dah hampir 10pm. Menyesal pulak tak bawak baju. Kalau tak dah check in mana-mana hotel dah. Ahad sambung shopping. Takpela next time kita turun shopping di KL lagi.


No comments:

Post a Comment