Order Nasi Lemak Dari Staf
Biasanya hari Jumaat husband akan beli nasi ayam atau nasi kukus ayam berempah. Kami akan lunch sama-sama sebab banyak masa sebelum husband pergi solat Jumaat. Kalau dia takde ke mana-mana luar daerah la.
Hari Isnin baru ni Cie order nasi lemak dari staf untuk hari ni. Cie order nasi lemak untuk bawak balik rumah dan untuk staf yang bekerja syif pagi termasuk cleaner kat sajian tu. Dalam 15 pax je. Cie 5 pax dan untuk staf 10 pax.
Anak-anak Cie memang suka nasi lemak staf Cie buat ni. Dah la tak kedekut bahan. Kemain banyak walaupun Cie order untuk 5 pax je. Kalau ikutkan dia jual RM3 sebungkus. Cie suruh dia letak dalam bekas je tak payah dia bungkus satu-satu. Cie bagi bekas siap-siap dah.
Staf Cie ni dia punya sambal nasi lemak diasingkan dari ikan bilis. Ikan bilis digoreng garing. Ikan bilis bukan yang jenis murah tu. Ni ikan bilis yang memang jenis mahal sedap bila goreng garing tu. Sambal tu ada bawang dan cili. Kacang tanah goreng pun ada. Timun dan telur rebus.
Dah habis makan pun ada lagi lebihan sambal tu. Punya la banyak. Nanti boleh la makan lagi sambal tumis tu. Masak ayam goreng, masak nasi dah potong timun. Boleh la makan dinner kang.
So lunch hari ni makan nasi lemak jela. Padahal baru je lagi semalam breakfast nasi lemak kat Kopi Stesen, hari ni makan nasi lemak lagi. Weekend ni taktau nak breakfast apa dah.
Nampak seap betul nasi lemak tu...sure sedap sebab dia buat dengan penuh kasih syg kan
BalasPadamNasi lemak nak sedap kena sambal padu baru menjadi kan
BalasPadamNampak sedap tu... lengkap semua geng nasi lemak tu. Kat sini kadang beli kacang ada, bilisnya takde :(
BalasPadam