Jalan-jalan Di Gua Musang

5/22/2025 09:36:00 PTG
Disebabkan hari ni adalah hari cuti umum negeri Pahang dan takde apa-apa nak buat Cie ajak husband jalan-jalan di Gua Musang. Gua Musang ni daerah dalam negeri Kelantan tapi sebelah je dengan daerah Kuala Lipis Pahang. Kiranya sempadan la.

Jalan-jalan Di Gua Musang
Kalau jalan terus tu ke kampung Cie, kalau kiri ke Gua Musang dalam 30 minit, dari rumah Cie ke kampung 30 minit tu jadi sejam ke Gua Musang

Tak jauh pun dari Kuala Lipis ke Gua Musang lebih kurang sejam je sejak dah ada highway. Kami gerak dah pukul 2 lebih dan sampai pukul 3 lebih. Kalau dulu jauh sikit perlu melalui jalan Bukit 7. Walaupun highway belum siap sepenuhnya dah dikira dekat la tu sejam je.

Jalan-jalan Di Gua Musang

Cie lama dah nak ke G-Orange Mall Gua Musang tu. Dah alang-alang hari ni cuti boleh la jalan-jalan di Gua Musang. Boleh pergi G-Orange Mall dan singgah kat Muse Ecopark.

G-Orange Mall Gua Musang

Dalam G-Orange Mall ni ada pelbagai jenis kedai seperti Old Town White Coffee, FOS, Zus Coffee, The Chicken Rice Shop, Sushi King, Tea Live, E-Mart, Hot & Roll, Subway, Marrybrown, TF Valuemart, kedai kasut, Bata, kedai jam, kedai cermin mata dan banyak lagi la. G-Orange Mall tu sendiri ada pelbagai barangan kelengkapan rumah dari perabot, lampu, pinggan mangkuk dan banyak lagi. Cuci-cuci mata je kat dalam ni takde beli apa pun. Mulanya nak beli bantal malas pulak.

Jalan-jalan Di Gua Musang

Jalan-jalan Di Gua Musang

Jalan-jalan Di Gua Musang

Jalan-jalan Di Gua Musang

Jalan-jalan Di Gua Musang

Jalan-jalan Di Gua Musang

Jalan-jalan Di Gua Musang

Jalan-jalan Di Gua Musang

Jalan-jalan Di Gua Musang

Old Town White Coffee

Sampai je tadi terus mencari makan dulu. Belum lunch lagi kat rumah. Memang target nak lunch di G-Orange Mall. Anak-anak nak makan kat Old Town Whitee Coffee so follow jela. The Chicken Rice Shop baru je makan masa pergi KL hari tu. Kami order Ice Lemon Tea 2, Hazelnut White Coffee Ice 1, Hot Honey Ginger 1, BBQ Chicken and Fried Wantan Dry Egg Noodles 1, OldTown Curry Mee 1, Dry Chilli Pan Mee 2. Total makan kat sini RM96.20.

Jalan-jalan Di Gua Musang

Jalan-jalan Di Gua Musang

Jalan-jalan Di Gua Musang

Jalan-jalan Di Gua Musang

Jalan-jalan Di Gua Musang

Jalan-jalan Di Gua Musang

Jalan-jalan Di Gua Musang

Jalan-jalan Di Gua Musang

Jalan-jalan Di Gua Musang

Kedai Kasut Bata

Kat dalam G-Orange Mall ni ada 2 kedai kasut. Jenama Bata dan 1 lagi Kedai Kasut U. Nak beli kasut sukan adik Rania. Kesian kasut dah koyak. Dia ada sukan sekolah minggu depan. Sekarang baru proses pemilihan. Taktau la dapat masuk acara apa. Tahun ni hari sukan sekolah buat hari kerja tak dapat la nak tengok. Beli kasut sukan Bata ada offer jenama North Star RM49.90 je sepasang. Lepas tu husband beli kasut kerja dia pun ada offer RM29 je sepasang. Paperbag kena charge juga RM0.20 ke RM0.50 tadi tak ingat. Takde pulak resit entah mana husband ku campak dia bayar tadi.

Jalan-jalan Di Gua Musang

Jalan-jalan Di Gua Musang

Hot & Roll

Mulanya plan nak tapau Hot & Roll dan Sushi King untuk dinner. Berdepan je kedua kedai ni. Masuk Sushi King cashier tu kata kalau nak bungkus kena tunggu 45 minit. Huihhh lama betul kami nak balik dah. Terus tak jadi dan bungkus Hot & Roll jela. Kami order Cheezy Chicken Wholemeal RM11.90, Cheesy Beef Wholemeal RM11.90, Paratha Crunchy Peanut RM7.90 dan Paratha Chicken n Cheese RM7.90. Tambah paperbag RM0.80. Mahal betul paperbag dia. Memang sekarang ni semua kedai charge paperbag. Sementara tunggu siap masuk FOS kejap berdepan je.

Jalan-jalan Di Gua Musang

Jalan-jalan Di Gua Musang

Jalan-jalan Di Gua Musang

FOS

Belek-belek baju dan berkenan pulak tengok harga RM89 2 helai terus grab 2 tanpa fikir panjang. Beli warna berbeza je. Lepas tu suruh anak-anak pilih baju ibu belanja. Dapat la sehelai sorang RM49. Sampai kat kaunter ada QR untuk membership Cie pun scan dapat diskaun lagi 5% setiap helai. Total berbelanja kat FOS RM177.65 selepas diskaun.

Jalan-jalan Di Gua Musang

Jalan-jalan Di Gua Musang

Jalan-jalan Di Gua Musang

Selesai membeli kat FOS kami pun bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Muse Ecopark dan Masjid Buluh sekali terus singgah solat Asar.

Masjid Buluh Gua Musang

Unik Masjid Buluh Gua Musang ni. Binaannya daripada buluh. Cuma lantai jela bukan dari buluh cuma dinding saja dari buluh. Ramai orang solat kat situ. Laluan utama ke Kota Bharu. Tepi je dengan Muse Ecopark tu. Singgah solat Asar dan bergambar je.

Jalan-jalan Di Gua Musang

Jalan-jalan Di Gua Musang

Jalan-jalan Di Gua Musang

Muse Ecopark

Kat Muse Ecopark ni ada tempat mandi rasanya sebab nampak kat pintu masuk tu ada gambar pakaian mandi yang boleh digunakan. Kami tak masuk la cuma tengok dari luar. Ada juga kedai makan. Kami bergambar jela kat depan Masjid Buluh tu nampak la sign Muse Ecopark yang dilekatkan pada gua tu.

Jalan-jalan Di Gua Musang

Jalan-jalan Di Gua Musang

Jalan-jalan Di Gua Musang

Jalan-jalan Di Gua Musang

Lepas dah siap solat Asar dan bergambar kami pun gerak balik. Dah nak malam takde ke mana la dah. Habis dah cuti hari ni dengan aktiviti jalan-jalan di Gua Musang je. Weekend tak dapat ke mana adik Rania ada kelas tambahan UPKK. 

Kalau ikutkan hari ni sekolah adik Rania ada latihan sukan mujur dia takde masuk acara larian so tak kena la pergi latihan rumah sukan. Dapat la hari ni jalan-jalan di Gua Musang dekat je boleh balik hari. Esok dah kerja dan anak-anak sekolah dah.

Cie tak sambung cuti. Bukan cuti takde, banyak je cuti Cie tapi sebab banyak kerja so takpela kerja jela. Duk rumah pun bosan juga nanti anak-anak sekolah. Cie pulak 2 hari tak masuk office sebab Bengkel BCMS tu. Menimbun la kerja. At least esok boleh tarah sikit kerja yang ada sebelum cuti Sabtu Ahad.







3 ulasan:

  1. G Mall Orange tu macam gudang besar je pattern dia.. Hr tu lalu tak singgah pun.

    BalasPadam
  2. Seronok dapat jalan2, alhamdulillah sesekali rehatkan minda. Macam besar je mall tu.
    Masjid buluh tu unik dan nampak cantik

    BalasPadam
  3. MAnfaatkan cuti bersama yang tersayang. Cipta kenangan bersama sama

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.