Kenali Sayur Doumiao – Sayur Unik Yang Sedap dan Berkhasiat

7/15/2025 02:03:00 PTG
Pernah dengar tentang sayur doumiao? Mungkin ada yang dah biasa makan di restoran masakan Cina, tapi tak semua orang tahu nama sebenar sayur ini. 

Doumiao ialah pucuk kacang pea (pea shoots), sayur yang lembut, manis dan sangat sedap bila dimasak dengan cara yang betul.

Jom kita kenali lebih dekat tentang sayur doumiao. Dari rupa, rasa, cara masak, khasiat dan tips penyimpanan. Kalau korang penggemar sayur korang wajib baca apa yang Cie nak kongsikan ni.

Apa Itu Doumiao?


Doumiao ialah pucuk muda dari pokok kacang pea (biasanya snow peas atau sugar snap peas). Bahagian yang dimakan terdiri daripada batang lembut, daun muda dan kadang-kadang sedikit putik bunga.

Sayur ini popular dalam masakan Cina kerana teksturnya yang rangup, lembut dan rasanya yang manis semulajadi. 

Dimana Nak Beli dan Berapa Harga?


Di Malaysia, sayur ini biasanya dijual di pasaraya besar atau pasar Cina dan kadang-kadang juga ditanam secara hidroponik.

Cie beli di pasaraya BS Freshmart Lipis ada dijual sayur ini dengan harga RM16.99 sekilo tapi Cie beli yang siap di pack dengan harga RM2.58 berat 148 gram untuk sepeket. Sekali masak boleh la makan 3-4 orang.

Ciri-Ciri Sayur Doumiao

Warna: Hijau segar dengan daun kecil
Tekstur: Batangnya rangup tetapi lembut bila dimasak
Rasa: Manis semulajadi, sedikit macam bayam, tapi lebih ringan
Cara Masak: Sangat sesuai dimasak secara ringkas sama ada tumis atau stir-fry sahaja

Kenali Sayur Doumiao – Sayur Unik Yang Sedap dan Berkhasiat

Cara-Cara Memasak Doumiao


Salah satu kelebihan sayur doumiao ialah ia cepat masak dan tidak memerlukan banyak bahan. Berikut beberapa cara masakan ringkas yang sedap:

1. Doumiao Tumis Bawang Putih


Resipi paling klasik dan ringkas!

Bahan:
Segenggam doumiao
3 ulas bawang putih (diketuk atau dihiris)
1/2 biji bawang besar (dihiris halus)
Sedikit minyak masak
Garam secukup rasa

Cara:
  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi.
  2. Masukkan doumiao, tumis sekejap (1-2 minit).
  3. Tambah sedikit garam, kacau rata dan angkat.

2. Doumiao Tumis Sos Tiram


Sama je bahan dengan tumis bawang putih cuma ada bahan tambahan sahaja. Kurangkan sukatan garam atau tak perlu tambah garam sebab sos tiram dah masin.

Bahan tambahan:
1 sudu kecil sos tiram
Sedikit air untuk kuah (jika nak berkuah)

Tumis sama seperti cara pertama, cuma masukkan sos tiram selepas bawang putih wangi dan masukkan doumiao. Kacau seketika dan siap.

3. Doumiao Dalam Sup


Doumiao juga boleh dimasukkan ke dalam sup ayam atau sup ikan sebagai pelengkap sayur. Masukkan di akhir masakan untuk elakkan layu berlebihan.


Khasiat Sayur Doumiao


Doumiao bukan sahaja sedap, tapi juga penuh nutrien penting. Antaranya:
  • Vitamin C – Baik untuk sistem imun
  • Vitamin A – Menyokong kesihatan mata dan kulit
  • Folat – Penting untuk wanita hamil dan pembentukan sel darah
  • Serat – Baik untuk pencernaan
  • Antioksidan semulajadi – Bantu melawan radikal bebas dalam badan

Kalori doumiao juga sangat rendah, menjadikannya sesuai untuk diet sihat dan kawalan berat badan.

Tips Membeli dan Menyimpan Doumiao

  • Pilih doumiao yang segar, batang tidak lembik dan daun tidak layu.
  • Simpan dalam peti sejuk dalam bekas bertutup atau dibalut dengan tisu dapur lembap.
  • Gunakan dalam masa 2-3 hari untuk rasa dan tekstur terbaik.
  • Elakkan cuci terlalu awal – cuci hanya sebelum dimasak.

Sayur Ringkas Tapi Sedap


Doumiao mungkin kelihatan biasa-biasa, tapi sebenarnya sayur ini sangat berkhasiat, mudah dimasak dan sedap dimakan. Kalau korang belum pernah cuba, bolehlah beli sikit waktu beli barang dapur nanti. Buat tumis bawang putih pun dah cukup menyelerakan.

Ratah macam tu pun dah sedap sangat dah. Cie dah banyak kali juga beli dan masak sayur doumiao ni. Rasa sayur ni lebih kurang taugeh juga la. Tapi lagi sedap bagi Cie la.

Sesuai sangat dijadikan hidangan sampingan bersama nasi putih panas dan lauk ringkas macam ayam goreng atau ikan masak kicap. Ringkas, sihat dan sedap – itulah kelebihan doumiao!

Cie semalam masak doumiao ni makan dengan telur dadar hancur dan ayam goreng sos thai. Cie dan husband je makan sayur doumiao tu. Cie makan dengan nasi dan bila nasi habis Cie ratah pulak. Memang sedap.

Kenali Sayur Doumiao – Sayur Unik Yang Sedap dan Berkhasiat


9 ulasan:

  1. saya terbaca sayur domino... nampak mcm batang sayur kangkung, cuma duomiao ni halus lagi

    BalasPadam
  2. Tak pernah tau pasal sayur ni. Nampak macam batang sawi yang halus/kecik.
    Menarik untuk dicuba, boleh pelbagaikan variasi lauk sayur.

    BalasPadam
  3. Dulu suka beli pea sprouts ni. Masak simple² je sedap. Cuma liat sikitlah compared to tauge biasa tu kan

    BalasPadam
  4. Menarik juga sayur ni, tak pernah tahu dan pernah jumpa pun sayur doumiao ni.

    BalasPadam
  5. Sedap ni. Saya suka. Tapi saya panggil alfalfa. Sama ke tak ek? sebab kat label tulis alfalfa. Dia macam susah sikit nak mengunyah tu kan. Tapi sedap sebab rangup.

    BalasPadam
  6. ooo.. doumiao namanya.. selalu panggil taugeh kurus je.. padahal selalu je masak kat rumah.. hehehe.. ^^

    BalasPadam
  7. Pernah beli dan masak sayur ini tapi baru hari ini tahu namanya doumiao. Kadang buat ulam jew,. Tq for sharing.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.