Bila Takde Idea Nak Masak Apa

7/15/2025 08:16:00 PTG
Dari minggu lepas memang sangat busy dengan macam-macam kerja kat office. Task A belum siap dah muncul task B, B baru siap muncul pulak C, C tak siap lagi dah muncul D. Penat sangat rasa mengadap kerja yang setiap hari sentiasa banyak.

Hari Khamis minggu lepas Cie dapat arahan dari negeri mintak buat Laporan Perolehan Susu dari tahun 2019 hingga 2025. Bukan sikit ye bilanganan yang perlu dilaporkan lebih kurang 253 perolehan yang perlu dilaporkan. 

Maklumat yang diperlukan bukan sikit. Banyak column jugak la kena isi. Mujur la Cie memang simpan Pesanan Kerajaan setiap pembelian tu supaya senang bila masa diperlukan ada dalam komputer. Tak perlu buka hardcopy yang dah bertimbun tersimpan dalam stor lupus. 

Oleh kerana laporan tu nak urgent so terpaksa la ketepikan kerja lain dan start buat laporan tu bermula petang Khamis, bersambung pula ke hari Jumaat seharian mengadap copy paste details dari Pesanan Kerajaan ke format excell yang disediakan. Tak sempat jugak siap dan bersambung ke hari Isnin tepat 10.30 pagi siap semua dan hantar ke negeri. Fuhhhh lega bila dah siap.

Lepas tu baru la boleh mengadap kerja hakiki yang lain. Sehingga hari ni banyak lagi kerja yang tertangguh tak dapat disiapkan lagi. Kerja takde due date ni kita tenang-tenang jela. Cuma ada Mid Term Review bajet perlu dihantar pada Jumaat ni. Ni pun kena buat cepat juga la sebab ada due date. 

Bila kerja banyak jadinya kita rasa penat. Otak pun penat banyak memikir. Tu yang hari ni takde idea nak masak apa. Ayam thaw dah balik kerja tadi tengok eh ada 4 ketul je cukup seketul sorang je. 

Malas nak fikir beria Cie pun gaul ayam dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng jela senang. Lepas tu tambah sikit telur mata goreng kicap dan buncis goreng. Dah cukup la menu hari ni. 

Bila Takde Idea Nak Masak Apa


Cie memang kena masak awal sebab adik Rania nak makan awal. Pukul 7 dia kalut ajak makan dah sebab pukul 7.45 malam dia nak ke kelas tambahan UPKK dah. Setiap hari Isnin hingga Rabu memang kena masak awal dan kena makan awal sebelum Maghrib. 

Tu yang malas nak fikir menu beria dah. Masak jela apa yang terlintas kat fikiran. Kepala dah jem nak fikir menu. Mujur rajin masak je ni walaupun simple.

Tengah masak tadi teringin nak minum air jambu batu, letak serbuk asam dan letak ais. Ada lagi sebiji jambu batu. Potong setengah je nak buat air. Blend ke dengan gula lepas tu letak dalam tumblr, letak serbuk asam dan ais. Sejuk je tekak dapat minum. Dengan serdak-serdak tu sekali ku telan. Juice maker takde guna blender je.

Bila Takde Idea Nak Masak Apa

Siap masak terus mandi, rest kejap lepas tu terus dinner. Lepas Maghrib sambung berehat sambil mengadap blog. Tu jela rutin sejak dah tak buat bisnes apa-apa ni. Faktor usia juga malam-malam nak berehat je dah malas nak semakkan otak nak fikir apa-apa.

Kalau bisnes dulu takde masa nak berehat, takde masa nak mengadap blog. Sentiasa kena buat content, kena fikir idea nak promote barang kita. Kena coaching team, kena layan customer. Dah berlalu semua tu. Masa sekarang fokus nak tenang-tenang mengarang di blog je.

3 ulasan:

  1. Semoga dipermudah urusan pekerjaan sehariannya

    BalasPadam
  2. Menu simple ni boleh bertambah2 nasi nya.

    BalasPadam
  3. Betul-betul sibuk tu. Belum selesai satu kerja, dah bertambah kerja lain pula. Dalam keadaan macam ni, menu simple pun okay. Janji ada makanan dan kenyang. Itu pun dah cukup berselera makan ni Cie.

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.