Imbas Kembali Tahun 2017: Bila Anak Pertama Dapat Result di PASTI

7/16/2025 07:30:00 PG
Dulu-dulu Cie suka share apa-apa gambar atau cerita kat Facebook. Memang sangat aktif la Cie share macam-macam termasuk la cerita tentang anak-anak. Sejak Facebook ada menyediakan memory yang kita boleh tengok setiap hari lagi la syok kan.

Kelmarin 14 Julai 2025, sambil santai-santai kat rumah Cie pun scroll la Facebook dan tengok memory. Scroll punya scroll terjumpa la posting pada 14 Julai 2017 semasa Cie share result exam sekolah PASTI kakak Raisha ketika itu berusia 5 tahun.

Cie mula hantar kakak Raisha ke sekolah PASTI bermula masa umur dia 4 tahun pada 2016. Memang hantar dari usia 4 tahun supaya dia boleh belajar berdikari kat sekolah. Masa umur dia 4 tahun hari-hari menangis masa awal-awal tu. Dah lama baru ok.

Imbas kembali tahun 2017 ketika kakak Raisha berusia 5 tahun ada majlis hari raya kat sekolah PASTI dan sekaligus majlis penyampaian hadiah peperiksaan pertengahan tahun. Result kakak Raisha masa tu Bahasa Arab dapat B dan Jawi dapat D.

Imbas Kembali Tahun 2017: Bila Anak Pertama Dapat Result di PASTI
Masa ni adik Rania belum sekolah lagi baru umur 3 tahun. Ikut ibu pergi sekolah kakak.



Kira ok la tu pelajar 5 tahun jawab exam kan. Cie dulu 5 tahun taktau apa pun. Tak masuk tadika. Cie terus masuk darjah 1 je. Arwah ayah dulu Guru Besar jadinya Cie selalu ikut ke sekolah masa umur 6 tahun. Duduk sekali dalam kelas kakak Cie masa tu 7 tahun. Memang tak masuk tadika pun. Zaman dulu masuk darjah 1 baru belajar ABC 123 tu. Sekarang darjah 1 dah kena pandai membaca.

Anak-anak Cie keduanya memang alumni sekolah PASTI sejak umur 4 tahun. Alhamdulillah hasil didikan cikgu-cikgu PASTI banyak mereka belajar kat sekolah PASTI. Cie tak pandai sangat bab-bab agama ni kan so kita serah kepada yang pakar untuk mengajar. Bab doa dan solat memang tak risau.

Masuk je tahun 1 terus hantar sekolah KAFA pulak sehingga 5 tahun. Kakak Raisha banyak belajar di PASTI dan KAFA. Result umur 5 tahun dulu dapat B dan D je untuk Arab dan Jawi, alhamdulillah sejak masuk sekolah KAFA pulak kakak Raisha sentiasa dapat A. Kedudukan dalam kelas pun antara top 3 je. Tak pernah jatuh. 

Walaupun result awalnya agak biasa je tapi lama kelamaan dengan usaha cikgu dan ustazah mengajar serta usaha kakak Raisha akhirnya kakak Raisha sentiasa score untuk subjek Bahasa Arab dan Jawi.

Cie ingatkan kakak Raisha minat la nak sekolah agama. Rupanya dia tak minat. Cie tengok dia score bahasa Arab, score Jawi. Cie pun apply la Sekolah Berasrama Penuh Intergrasi (SBPI) Temerloh dan dapat panggilan tapi dia taknak pulak.

Dia siap cakap ‘kakak taknak jadi ustazah’. Cie pun cakap sekolah agama tak semestinya kena jadi ustazah. Dia terus jawab kakak dah tak larat nak menghafal. Dia dah rasa penat masa tahun 5 nak fokus UPKK tu struggle betul study kat sekolah. Kat rumah tenang je main handphone.

Berbaloi la usaha kakak Raisha dapat top 20 pelajar terbaik negeri Pahang tahun 2023. Siap diraikan dalam majlis penyampaian sijil dan duit. RM300 setiap pelajar dapat. Cie ingatkan masa tu dia rasa bersemangat la nak teruskan sekolah agama. Rupanya dia taknak.

Takpela Cie tak paksa cuma masa nak daftar sekolah yang kakak sekolah sekarang ada aliran KAA (Kelas Aliran Agama). Nak masuk kelas tu kena exam dulu. Cie risau jugak masa tu takut dia jawab exam main-main je. Mujur la masa tu dia sendiri cakap nak masuk KAA. 

Dia kata takpe KAA ni cuma kakak taknak sekolah agama je kakak taknak menghafal. Ikut la kakak apa-apa pun asalkan kakak nak belajar dan berminat nak belajar. Ibu ni sokong je apa minat anak-anak dan taknak memaksa.


11 ulasan:

  1. Semuga Kakak Raisha berjaya dalam pelajarannya.

    BalasPadam
  2. Sesungguhnyer belajar itu satu perjalanan hidup❤️❤️

    BalasPadam
  3. Moga cemerlang dunia akhirat anak2 comel ni.

    BalasPadam
  4. anak-anak sekarang semuanya advanced, bijak-bijak semuanya. zaman kakmieja dulu dalam kelas sk pon masih ada tatau membaca....comelnya raisya dan adik.... 💖💖

    BalasPadam
  5. Zaman sekarang advance sgt,sampai ibu pun seram..
    Moga yang baik² je untuka ank kita semua...aamin

    BalasPadam
  6. Sy dulu umur 6 tahun baru pegi tadika selang 2 rumah dr rumah sendiri..Arwah mak htr smp sekolah sbb jalan kaki ke tadika tu ke ikut tepi jalan raya besar...Tapi kalau igt blk Zaman kita sekolah tadika..Seronok je =D

    BalasPadam
  7. Comel ja. KAA pun bukan ke ada menghafal? so anak sulong Cie form 1 la kan? sebaya anak bongsu kita.

    BalasPadam
  8. kesian kakak tp tu lah ibu-ibu zmn skg mmg seram tngok anak2 mmg advance hehe

    BalasPadam
  9. Comelnya budak dua tu. Masya Allah.
    Sy dulu pun suka simpan photo2 dorang dlm FB (I created their account), now lupa password 😅. Nasib baik ada hardcopy. Mama dorang dulu kan siap bwk DSLR bila ada event penting anak3. 😀. Berguna rupanya.

    BalasPadam
  10. Semoga terus berjaya dalam pelajaran

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.