Kursus Pengurusan Sajian Kluster Pahang Barat 2025
Kursus ni berlangsung pada 8 Julai 2025 di Dewan Serbaguna Hospital Kuala Lipis dengan sangat lancar. Dah berbulan-bulan buat preparation from A to Z. Bila dah selesai lega rasa.
Peserta kursus terdiri dari Jururawat, Jururawat Masyarakat, Pembantu Penyediaan Makanan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dari Hospital Kuala Lipis, Hospital Raub dan Hospital Sultanah Hajjah Kalsom (HOSHKA).
Kita berkongsi tentang Pengurusan Perkhidmatan Sajian, Pengurusan Operasi Sajian dan Pengurusan Kualiti Sajian.
Cie sampaikan topik Pengurusan Perkhidmatan Sajian, kawan Cie dari Raub sampaikan topik Pengurusan Operasi Sajian dan sorang lagi kawan dari HOSHKA dengan topik Pengurusan Kualiti Sajian. Kami jawatan sama cuma hospital berbeza.
![]() |
Kiri sekali tu dari Cameron, baju putih uniform tu staf Cie selaku urusetia juga, Cie, baju purpele tu dari Raub dan kanan sekali bos Cie dia saja join sebelah petang.
Mereka berdua tu baru lagi. Kiranya Cie senior la dari mereka dan hospital Cie pulak lead kluster Pahang Barat untuk sajian. Kiranya kursus peringkat kluster ni under Lipis la.
Oleh kerana ada 3 topik jadinya Cie minta la mereka sharing topik juga. Katanya belum pernah lagi bagi talk tapi mereka boleh buat. Nanti lama-lama biasa la.
Gambar pagi sebelum kursus bermula masuk office terus 0.5 kejap |
Staf Cie snap picture time Cie moncong pulak tu. Ni masa penutup dah. Masa bagi talk sesi pagi staf Cie ambil video je |
Cie dulu pun setiap kali nak ke depan nervous lain macam. Macam ada rerama dalam perut berterbangan. Kalau setakat audience 30-40 orang tu masih boleh la ke depan. Tu pun alahai rasa macam nak terketar-ketar tapi cover la jugak.
Bila kita la urusetia dan sekaligus jadi penceramah memang seharian la bercakap. Jadinya akan effect tekak. Kuota bercakap dah habis. Hahaha. Bagi seorang yang introvert ni bila kena berdepan dengan orang energy cepat drain.
Dah 17 tahun berkhidmat dah macam-macam pengalaman dah pernah hadap. Kalau ikutkan jabatan Cie setiap tahun buat kursus. Tahun 2023 dan sewaktu covid je tak buat. Tahun 2023 tu sebab busy banyak nak kena kejar pensijilan.
Ramai peserta yang hadir kursus semalam yang dah berkhidmat lebih 10 tahun. Ada beberapa orang sahaja yang berkhidmat 5 tahun ke bawah. Yang paling lama 30 tahun.
Hadiah Untuk Peserta Kursus
Peserta pun seronok diberikan hadiah siapa dapat jawab soalan. Pre test dapat markah tertinggi pun kita bagi hadiah. Yang paling best tadi 3 slot kahoot games pemenang pun kita bagi hadiah.
1 hadiah untuk peserta yang dapat markah tertinggi pre test. 3 hadiah untuk kahoot games. Hadiah biasa-biasa je Cie beli kat kedai Eco dengan bajet sendiri. Ada hadiah yang Cie beli sebelum ni masih tersimpan lagi so boleh jela guna. Ada yang baru beli Ahad hari tu.
Soalan kahoot bukan semata berkaitan Pengurusan Sajian, tapi kita bagi juga soalan hiburan, soalan matematik, soalan makanan, soalan sukan, soalan kesihatan dan pelbagai kategori soalan. Setiap slot ada 15 soalan.
Supaya peserta tak mengantuk. Penuh gelak tawa bila jawapan yang diklik salah. Ada yang tau jawapan, ada yang hentam je. Semua pemenang berbeza setiap kali games tamat. Semua merasa dapat hadiah la. Hadiah biasa-biasa by Kedai Eco je. Hihi
Soalan pre test pun ada 15 soalan Cie pecahkan kepada 5 soalan bagi setiap slot topik kursus. Setiap topik 5 soalan. Soalan senang je.
Hadiah Untuk Games Kahoot dan Markah Tertinggi Pre Test
Ni pemenang markah pre test tertinggi. Jemput bos untuk sampaikan hadiah masa sesi penutup |
Pemenang games kahoot siri 3 |
Pemenang kahoot siri 2 |
![]() |
Pemenang kahoot siri 1 |
Pemenang Jawab Soalan Masa Sesi Ceramah Cie
Cie memang jenis suka tanya soalan masa Cie bagi talk. Nak ada interaction dengan peserta. Takdela kita bercakap sorang kat depan, peserta tak fokus kat belakang. Bila kita tanya soalan dan sediakan hadiah masing-masing berebut angkat tangan nak jawab. Hadiah tak mahal pun tapi peserta boleh guna.
Rasanya ada yang tercicir tak snap gambar masa bagi hadiah jawab soalan. Cie duk bagi talk kat depan, urusetia lain yang tolong bagikan hadiah tu. Terlepas pandang agaknya. Bila kumpul gambar tengok tak cukup.
Makan Minum Sepanjang Kursus
Selalunya bila ada kursus kita akan sediakan makan dan minum iaitu untuk sarapan dan makan tengahari. Sebabnya bila kursus kadang-kadang masa rehat tu terhad jadinya kalau tak sedia makan dah buang masa untuk peserta mencari makan lagi, nak solat lagi. So bila dah sedia ni senang la peserta makan dan solat tu cukup la masa.
Cie tempah dari kantin hospital je. Untuk sarapan mi goreng dan teh o, untuk lunch nasi minyak dan sirap ais. Tu jela simple menu je.
Sesi Penutup
Untuk sesi penutup Cie mintak wakil setiap hospital untuk bagi feedback tentang kursus supaya kita dapat tambah baik lagi untuk kursus akan datang. Tapi tu la mereka komen murni-murni je. Hihi.
Alhamdulillah mostly peserta kata dapat tambah ilmu. Dari mereka taktau tentang perkhidmatan sajian bila hadir kursus mereka lebih faham dan jelas.
Anggota wad dan anggota sajian ni memang berkait rapat. Anggota wad inden diet untuk pesakit dan anggota sajian menyediakan makanan kepada pesakit. Saling berhubung la kiranya.
Dah selesai semuanya lega dah. InsyaAllah akan ditambah baik silibus kursus untuk tahun depan pulak.
Seronok sesekali pi kursus macammni..selain makan free, dapat mengeratkan ukhwah sesama rakan sekerja kan...
BalasPadamTerbaiklah Cie. Kalau kita tak confident nak bagi talk. Dah biasa tu okay sangatlah. Bestlah ada kuiz bagai dapat hadiah. Taklah bosan gitu masa berkursus. Tahniah kepada yang berjaya.
BalasPadamComelnya Cie.....caiyok gang KKM 💖💖💖
BalasPadambestnya game kahoot.. ada hadiah pulak tu.. ^^
BalasPadamSyabas untuk Cie. Seronok berkursus, macam2 sessi ada. Kuiz dan dapat hadiah, best ni.
BalasPadamSama la kita..Mase mula2 masuk cosplay competition dulu mmg nervous...=)
BalasPadampart nervous time public speaking tu....sama la kitaaa....and tgk jenis audience..kalau MZ kena berckp dpn prof/senior officers, memang sgt2 lah nervous
BalasPadammmg normal kite nerves bila kena talk kat depan hehehe.. hadiah kedai eco pon takpe tetap best meriahh hehe
BalasPadamDah selesai lega...seronok buat event ni sebenarnya..tapi nak prepared everything tu buat x keruan hidup...selagi x selesai...tahniah...
BalasPadamBest kursus... dan penuh dengan pengisian ada hadiah bagai.. baru la enjoy :D
BalasPadamTabik hormat pasukan kesihatan Malaysia..alhamdulillah selesai kursus lega rasanya kan..
BalasPadam