Selagi ada musim durian selagi tu la kita makan durian. Tak pernah muak makan durian ni bagi peminat durian. Dalam rumah Cie hanya Cie dan adik Rania je peminat tegar durian. Takkan menolak kalau ada depan mata. Husband dan kakak Raisha tak makan sangat. 

Makan Durian Lagi

Masa mula-mula musim durian hari tu husband dah beli 3 biji durian kampung. Memang puas la makan. Banyak pulak tu isi setiap biji tu. Kopek dan letak dalam bekas simpan dalam fridge. Rasanya 2-3 hari habis dah 3 biji tu.

Cie dan adik Rania makan banyak. Kakak Raisha sikit je. Husband langsung tak makan masa tu sebab dia baru diserang selsema sehingga sekarang tak baik-baik dah 2 minggu. Alkisah katanya makan durian musang king kawan dia belanja. Lepas tu terus la kena serang selsema dan hampir nak demam.

Minggu lepas husband beli pulak durian kampung dari qariah masjid. Isi yang ni lagi sedap daripada yang husband beli kat tepi jalan tu. Yang ni memang manis pahit sikit memang kegemaran Cie la. 3 biji jugak dia beli.

Makan Durian Lagi

Makan Durian Lagi

Makan Durian Lagi

Sebiji tu husband makan dengan adik Rania. Kakak Raisha makan sikit. 2 biji lagi Cie dan adik Rania makan banyak. Kakak Raisha makan sikit je. 1-2 hari dah habis licin.

Semalam husband bawak balik lagi 2 biji durian. Ingatkan dia beli. Katanya ada orang bagi. Tak sure durian apa. Isi kuning dan rasa pahit-pahit. Sedap betul isinya tu. Mesti durian mahal kot ni bukan durian biasa. Tak kenal sangat jenis-jenis durian ni. Tau makan je asal rasanya sedap je.

Makan Durian Lagi

Makan Durian Lagi

Makan Durian Lagi

Masa mula-mula beli dulu tu lepas makan Cie kena kembung tengah malam. Sampai pagi tak lena tidur. Lepas tu dah ok. Takde apa-apa dah kalau makan durian. Cuma kita beringat la takdela makan berlebihan. Makan sikit-sikit lepas tu makan lagi.

So far alhamdulillah tak pernah kena lagi panas badan makan durian. Masa kecik dulu memang banyak buah durian. Bila makan je mesti mak atau ayah suruh minum air dalam pangsa durian tu petua taknak bagi panas badan.

Gitulah kita ni kan waktu musim durian ni boleh la makan puas-puas bezanya dulu ada kat kebun keluarga. Sekarang ni nak makan kena la beli. Takde dah pokok semua dah tua-tua tak berbuah dah. Ada pokok pun tak lekat bunga kena makan dek kera yang berkeliaran kat kebun-kebun kat kampung. 

Sekarang pun ramai orang jual kat tepi jalan. Taktau la datang dari mana kebun durian tu. Boleh kata ramai jugak penjual durian tepi jalan kat Lipis ni. Ada pelbagai jenis durian dan pelbagai harga. Kena pandai-pandai pilih la nak beli yang mana.