Sarapan Cekodok Bilis Bawang

7/12/2025 10:43:00 PG
Awal pagi lagi tanya anak-anak nak makan apa suruh la babah beli sebelum babah keluar kerja hari ni ada program. Dah semua taktau nak makan apa ibu suggest sarapan cekodok bilis bawang jela ibu masak.

Adik Rania ada kem booster siri 2 pulak hari ni bermula 9 pagi hingga 9 malam. Babahnya pulak kerja ada program hari ni. Tinggal la ibu dan kakak Raisha je. Malas dah nak keluar cari sarapan so masak sendiri jela.

Sarapan Cekodok Bilis Bawang

Masuk dapur ambil tepung, ikan bilis, bawang. Ikan bilis dan bawang tu chop je dalam chopper. Mujur ikan bilis Kak Long bagi hari tu dah siap kopek so senang la nak guna bila-bila je.

Sarapan Cekodok Bilis Bawang

Cie letak jugak serbuk kunyit sikit, bahan perasa dan garam. Tips nak bagi cekodok rangup di luar dan lembut di dalam kena bancuh dengan air suam. Lebih kurang 1:3 1 bahagian air biasa, 3 bahagian air panas. Bancuh cair sikit kalau nak lagi garing. Kena pandai adjust la nak tekstur macam mana.

Sarapan Cekodok Bilis Bawang

Cie suka cekodok yang nipis-nipis dan garing. Tak suka yang tebal dan takde rasa garing tu. Terpulang atas masing-masing la kan. 

Sarapan Cekodok Bilis Bawang

Untuk cicah pulak Cie suka letak sos tomato, lada hitam dan mayonis. Kebetulan ada stok sambal hitam so boleh juga makan dengan cekodok. Adik Rania tak makan sos tomato. Kakak Raisha dan Cie je makan sos tomato tu. Kakak Raisha pun baru je try dia kata sedap makan macam ibu tu dia follow.

Sarapan Cekodok Bilis Bawang

Cie ni pandai makan sos tomato letak lada hitam ni masa makan mcd dulu-dulu. Dulu-dulu kan mcd dia ada letak serbuk lada hitam dalam peket sekali tempat sos tu. So Cie ambik sos tomato dan tabur lada hitam tu makan dengan fries. Bila rasa sedap tu sampai sekarang la buat pencicah macam tu. Ramai orang tak makan sos tomato mereka tak suka masam. Ada brand yang terlalu masam. 

Cie memang tak suka sos cili. Kalau takde pilihan makan la juga sos cili tu. Lebih prefer sos thai pulak dari sos cili. Kat rumah ni memang ada 3 jenis sos. Paling laku sos thai. Sos cili dan sos tomato selalunya buat masak jela. Keropok pulak ada sos keropok.

Lepas sarapan tadi adik Rania bersiap nak ke kem dah. Cie takde aktiviti sempat la berjalan atas walking pada 2km tadi. Nak iron baju kerja seminggu je hari ni. Barang dapur esok la beli.

9 ulasan:

  1. Kak SA bangun terlambat hari ni..penat sangat badan agaknya ..lepas tu PZ dah buat sarapan...cadang memang nak buat cekodok ikan bilis..esok la nampaknya...

    BalasPadam
  2. Sedap dan mengenyangkan makan cekodok ikan bilis. Oo unik sos Cie buat sos tomato, lada hitam dan mayonis. Ada ye sos macam tu di McD, saya pun tak ingat. Saya pun beli Sos cili Thai tu juga. Yang tu je kena dengan selera.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kat mcd tu kan ada sos cili, sos tomato, condiment untuk porridge macam serbuk lada hitam, serbuk lada sulah dalam bentuk sachet kat satu tempat. Bila ambil sos tomato tu ambil sekali serbuk lada hitam tu atas sos. Begitulah ceritanya.

      Padam
  3. Alhamdulillah.
    Sedap cekodok begini. Teringat masa kecik dulu waktu petang emak suka buat cekodok bawang dengan ikan bilis.

    BalasPadam
  4. Sedapnya cie.. boleh ni idea untuk esok

    BalasPadam
  5. Lainkali boleh lah try sos tomato+mayonis+lada hitam. Nampak menarik pula.
    Kat rumah husband je makan sos tomato. Kalau akak buat masak je sos tomato tu.

    BalasPadam
  6. sy mmg jarang makan sos tomato. tp bolehlah cuba nanti letak mayonis dan lada hitam...

    BalasPadam
  7. Saya jadi teringin nak coba sos tomat + pepper. Blm pernah pula coba di mix begitu 😄. Saya suka juga sos tomat kak. Tp memang tak semua brand. Ada yg rasa asam sangat, tak akan saya pilih

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.

Dikuasakan oleh Blogger.