Beli Makanan di 7E Cafe & Rezeki Kopi Zus Petang Hari

Hari Selasa 19 Ogos baru-baru ni Cie agak busy kat tempat kerja. Hari persampelan makanan yang perlu dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan di Mentakab. Setiap tahun sekali kami perlu hantar sampel makanan yang dimasak oleh Pembantu Penyediaan Makanan ke makmal untuk diuji.

Cie dan Pembantu Penyediaan Makanan yang akan ambil sampel sebanyak 15 jenis. 5 jenis ready to eat food, 4 jenis bahan mentah dan 6 jenis swab iaitu 3 swab tangan Pembantu Penyediaan Makanan dan 3 swab peralatan. IK Hospital yang akan daftarkan semua sampel di dalam FOSIM.

Kebetulan IK yang tolong daftar dalam FOSIM tu tertinggal key in beberapa parameter untuk 7 sample je. Yang lain tu dah betul. So pihak makmal Mentakab tu suruh betulkan dan kena la daftar semula 7 jenis sampel. Mujur la masa tu belum bergerak ke Mentakab. Lepas daftar kena potong semula label dan borang A. Label kena tampal semula pada sampel yang telah dimasukkan ke dalam ice box.

Jadi kelam kabut la sepatutnya 10 lebih kena gerak jadi extend ke pukul 12 lebih baru gerak hantar ke Mentakab. Bab penghantaran sampel tu staf Cie yang hantar bersama pemandu menaiki kenderaan jabatan. Perjalanan dari Lipis ke Mentakab anggaran 2 jam. So ok la sebab pihak makmal hanya terima sampel sebelum jam 4 petang.

Biasa la kan masalah teknikal macam ni tak boleh nak elak. Walaupun kita dah susun cantik-cantik flow kerja kita, kalau Allah kata tak jadi maka tak jadi la. Main dengan sistem pulak. Waktu kita kalut tu la sistem jem la, sistem slow la line. Alhamdulillah selesai jugak walaupun timing lari sikit.

Tu yang waktu lunch time Cie plan nak mencari kopi la kat 7E Cafe bagi menenangkan jiwa. Bila tanya adik Rania nak makan apa lunch. Jawapannya taktau jadinya Cie decide cari makanan kat 7E Cafe jela sambil lalu nak balik rumah. Selaku duta yang tidak dilantik ni semestinya memilih untuk singgah di 7E Cafe.

Kedai 7e di kuala lipis

Cie beli, bungkus dan bawa balik untuk makan. Inilah senarai menu yang akhirnya masuk dan ditambah ke dalam purchase history 7E apps Cie:

  1. BBQ Chicken Drumette – RM7.90
  2. Chicken Popcorn Nachos Cheese – RM6.90
  3. 7E Ice Caramel Latte – RM5.90
  4. FF Chicken Popcorn Mac & Cheese 315g – RM8.90
  5. FF Onigiri Spicy Beef Teriyaki – RM5.80

Resit pembelian makanan dan minuman di 7E Cafe

Jumlah keseluruhan lebih kurang RM35.40. Bukan main ek berbelanja melebihi bajet. Husband bagi duit belanja beli makanan lunch RM20 je. Selalunya cukup je sebab beli yang jenis ringan je macam laksa, laksam, spageti, ramen, ayam goreng, pisang goreng, keropok. Takpela sekali sekala kita tambah la duit tekak kita jugak nak makan kan. Bila fikir balik memang agak berbaloi sebab dapat variasi makanan dari ayam BBQ sampai ke onigiri ala Jepun. Makan pulak untuk 3 orang. Cie dan anak-anak.


BBQ Chicken Drumette – RM7.90

BBQ Chicken Wingstick ni memang sesuai untuk peminat kepak ayam. Bahagian drumette yang juicy, diperap dengan sos BBQ manis pedas. Pekerja 7E akan panaskan selepas kita beli. Sampai rumah Cie dah siap solat ayam tu masih panas. Makan panas-panas memang sedap rasa manis pedas. Pertama kali cuba yang ni. Boleh repeat beli 1 set tu ada 3 drumette.


Kad menu 7E Cafe popcorn chicken dan drumette


Chicken Popcorn Nachos Cheese – RM6.90

Yang ini pula lebih kepada kategori kudapan. Ayam kecil-kecil digoreng rangup dan bila dicicah dengan sos nachos cheese yang pekat, memang jadi kombinasi ringan tapi puas hati. Portion dia sederhana, lebih sesuai dijadikan side dish berbanding makan utama. Ada 2 pilihan sos, adik Rania pilih cheese. Yang ni kami selalu dah beli. Pekerja akan panaskan dulu selepas kita beli. Bawak balik rumah masih kekal kepanasannya.


FF Onigiri Spicy Beef Teriyaki – RM5.80

Onigiri dengan inti daging lembu teriyaki pedas. Nasi dia dibalut dengan rumpai laut, rasa ala Jepun yang simple tapi mengenyangkan. Yang ni Cie dah adik Rania makan kat situ sementara tunggu pekerja tu panaskan popcorn dan drumette.

Onigiri Spicy Beef Teriyaki 7E Cafe


Dengan harga RM5.80, ini memang pilihan praktikal kalau nak kudapan kenyang tapi tak berat. Senang juga kalau nak makan sambil jalan atau dalam kereta.


7E Ice Caramel Latte – RM5.90

Untuk minuman, Cie ambil Ice Caramel Latte kegemaran Cie nak menenangkan jiwa kononnya. Walaupun harga bajet, rasa dia boleh tahan. Manis karamel seimbang dengan pahit kopi. Cie minum sikit dan sebelah petang bawak ke office untuk diminum sambil buat kerja.

Kad minuman Ice Caramel Latte 7E Cafe

Minuman Ice Caramel Latte dalam cup 7E Cafe


Walaupun dah lama dalam bekas, aisnya dah sedikit cair, rasanya tetap sedap dan masih ada kick kopi.


FF Chicken Popcorn Mac & Cheese – RM8.90

Yang ni paling mengenyangkan. Portion 315g dengan pasta lemak berkeju digabungkan bersama ayam popcorn rangup. Cheese dia pekat tapi tak terlalu muak sebab ada kombinasi tekstur pasta lembut dengan ayam crunchy. Untuk harga bawah RM9, memang puas hati makan tengah hari. Siap boleh makan 3 orang. Yang ni Cie panaskan sendiri kat rumah.

Mac & Cheese ayam popcorn selepas dipanaskan

Mac & Cheese ayam popcorn dalam pek sebelum dipanaskan


Petang di Pejabat – Kopi & Curry Puff Zus Percuma

Cerita tak habis di situ. Waktu petang, sebelum balik kerja, ada pula rezeki orang belanja Ice Spanish Latte Zus dan curry puff Zus.

Minuman Ice Spanish Latte Zus bersama curry puff

Bayangkan hari tu dua kali minum kopi. Kopi 7E Cafe tu walaupun harga bajet tapi bagi Cie kopi tu lebih kuat dari kopi Zus. Selalunya kalau minum kopi 7E mesti malam tak boleh nak tidur. Cie tak minum habis pun Ice Spanish Latte tu simpan dalam freezer. Hari Rabu sebelah petang Cie bawak ke office untuk minum.

Curry puff Zus pula jadi peneman yang sesuai, rangup di luar dengan inti kari yang berempah dan ada telur rebus didalamnya. Memang kena sangat dengan kopi. Anak-anak pun makan sikit sorang tak mereka gigit sekali je lepas tu taknak dah. Cie la jugak makan sambil masak petang Selasa tu.

Curry puff Zus Coffee inti kari pedas


Mana Paling Berbaloi?

Kalau nak ikut harga, memang 7E Cafe lebih mesra poket. Menu bawah RM10 tapi masih boleh kenyang, terutama Mac & Cheese dan Onigiri Spicy Beef Teriyaki.

Kalau nak indulgence rasa premium, Zus Coffee memang menang, terutama untuk kopi lovers yang suka aroma kuat. Tapi bila nak cepat dan bajet, Cie rasa 7E Ice Caramel Latte dah cukup memadai untuk buat mata segar sampai malam.

Hari itu jadi satu pengalaman makan yang menarik beli makanan di 7E Cafe, bawa balik, rasa kenyang seharian dan bonus pula dapat kopi Zus rezeki di petang hari. Memang boleh dikira “hari kopi berganda” bagi Cie.

Walaupun sebelah pagi tu Allah uji sikit ada masalah teknikal persampelan, tapi sebelah petang tu Allah hantar orang baik berkongsi rezeki belanja Ice Spanish Latte dan curry puff Zus. 

Cooler box berisi ais dan makanan sampel

Sentiasa la bersangka baik dengan Allah. Apa saja Allah rencanakan adalah yang terbaik untuk kita. Jangan sesekali merungut dan mengeluh. Peringatan kepada diri sendiri yang terkadang alpa.

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Ahkak pun dah terjebak beli kat cafe 7e sejak iklan duta cafe 7e selalu berkumandang. hehehehe selalu jeling je lah ni eh dok belek-belek pilih-pilih lepas tu tersauk pulak bawak ke kaunter.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh dah tu ahkak jadi duta kawasan ahkak 😆

      Padam
  2. Akk pun macam nak terjebak juga ni dok dengar duta tak rasmi 7e ni promote ahaha...
    Nak try yg SG tu mgkn byk pilihan kot mcm yg Cie beli ni

    BalasPadam
  3. kak ana pun suka beli makanan di 7E cafe ni Cie rambang mata, tapi kalau ke ZUS selalu minum je jarang nak beli menu depa :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye macam2 nak beli banyak pilihan. Zus selalunya air je melainkan promo bday kek buy 1 free 1 & dapat hot meal tu.

      Padam
  4. pencinta kopi suka la dpt minum extra kopi dlm 1 hari...kita tk bole minum kopi sgt nanti tkleh tido

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zus tu Cie simpan dalam freezer.
      Esoknya baru minum. Tak larat jugak 2 cup kopi sehari 😅

      Padam
  5. wah, bayak pilihan. kopi tu nampak menarik..

    BalasPadam
  6. Kopi 7e mmg sedap...saya pun selalu singgah cari kopi...

    BalasPadam
  7. jarang beli snacks n drinks kat 7e... pas ni buleh la try beli kerana harganya masih berpatutan dari cafe..

    BalasPadam

Terima kasih sudi singgah! Jangan segan-segan tinggalkan komen. Sila tinggalkan komen dengan bahasa yang sopan. Komen berunsur spam akan dipadam.